Tuesday, May 19, 2009

Harun Taib kembali sebagai Ketua Dewan Ulama

muktamar55.pas.gov.my

Datuk Harun Taib terajui semula Dewan Ulama'



Ditulis oleh Wartawan Kita
MONDAY, 18 Mei 2009 08:21
KUALA LUMPUR, 18 Mei (terkini)- Pengumuman senarai calon-calon yang layak bertanding untuk tiga Dewan, Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali di ibu Pejabat PAS tengahari tadi.

Dewan Ulama' menyaksikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib mengetuai semula Dewan tersebut tanpa bertanding.
Manakala, satu lagi jawatan tertinggi Dewan tersebut menang tanpa bertanding. Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed yang memegang jawatankuasa Penyelidikan Dewan sebelum ini dicalonkan menjadi Naib Ketua Dewan.

Hanya dua calon yang akan bertanding bagi jawatan tertinggi untuk Timbalan Ketua Dewan tersebut. Penyandangnya, Pesuruhjaya Negeri Perlis YB Ustaz Hashim Jasin akan berdepan YB Dato'Ahmad Yaakob yang juga Timbalan Menteri Besar.

Seramai 41 orang yang dicalonkan untuk Jawatankuasa Kerja Dewan tersebut. Antara yang bertanding semula untuk pemilihan kali ini ialah YB Ustaz Hassan Mohamood, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin, Ustaz Abdullah Abd Razak dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh.

Penyandang jawatan Ketua Dewan Ulama', Datuk Mohamad Daud Iraqi turut dicalon bagi Jawatankuasa Kerja Dewan.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap Dewan di sandang Ustaz Haji Hamdan Mohamad dan Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Mohd Nazir Zakaria antara empat calon yang akan bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dewan tersebut.

Manakala bagi jawatan pemeriksa kira-kira, seramai enam orang telah dicalonkan.

No comments: