Kosmo! didesak tarik artikel Memali
Okt 27, 09 6:39pm
PAS hari ini mendesak supaya akhbar Kosmo! menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan semalam yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, dalam kenyataannya, amat kesal dengan artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.
"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.
PAS juga, katanya, mahu Kosmo! memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.
.
Kamaruzaman berkata PAS akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka. BERNAMA
No comments:
Post a Comment