Tuesday, May 27, 2008

Tok Guru Nik Aziz Akan Berangkat Ke Makkah Jam 3:30 Pagi Ini

msomelayu

Labbikallah hummalabaik. Labbaikallah syariikalabaik. Innalhamda'... wanni'ma, lakhawamuluk, la syarikalak.

(HAMBA-Mu datang menyahut panggilanMu, ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

Malam ini jam 8:00 malam Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama 21 orang jemaahanya akan berlepas dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu untuk ke Tanah Suci Makkah Mukaramah, Madinah Munawarah.

Beliau dijangka akan berlepas dari lapangan terbang KLIA Kuala Lumpur kira-kira jam 3:30 pagi nanti menerusi penerangan Kwait Airline.
Nik Aziz akan berada di Makkah selama 15 hari dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 9 atau 10 Jun.

Selama beliau dan rombongan menunaikan umrah jawatan MB Kelantan dipangku oleh Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob.

Sementara itu isteri Ahmad Yaacob yang pada mulanya dijadual bersama rombongan Tok Guru terpasa membatalkan niat apabila Ahmad Yaacob kini dirawat di hospital kerana masalah jantung.

TMB itu dimasukkan kelmarin kerana serangan jantung. Keadaannya kini sudah beransur pulih setelah menjalani rawatan angioplasti. Beliau masih ditahan di hospital disebabkan paru-parunya bermasalah.

Kepada Tok Guru serta rombongan diucapkan selamat berangkat semoga diberikan kesihatan berlipat ganda dan kepada Ahmad Yaacob demikian juga adanya semoga dapat menjalankan tugas-tugas sebagai pemangku MB dengan sempurna dan mendapat dokongan dan sokongan seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

Monday, May 26, 2008

Pulau Batu Putih (Pedra Branca)

Gambar di atas diperolehi daripada salah satu web milik rakyat Singapura yang jelas cuba memprovokasi serta tidak mempedulikan sensitiviti rakyat Malaysia.

Amatlah mengecewakan apabila pulau yang menjadi milik kita turun temurun telah berpindah milik kepada pihak lain disebabkan oleh satu 'surat' yang boleh dipertikaikan kredibilitinya.

Namun begitu masih terubat di hati rakyat Malaysia kerana kita masih dapat mengekalkan 'batu' sebagai milik kita dan terlepas sebuah pulau yang diputuskan menjadi milik orang. Betulkah sudah terubat hati ini? Fikirkanlah.

Pusingan Akhir Bolasepak Euro 2008



Kurang daripada 2 minggu lagi (iaitu pada 7hb Julai 2008) akan bermulalah satu lagi kejohanan yang berprestij di Eropah iaitu Kejohanan Bolasepak Negara-Negara Eropah (Euro'08) yang berlangsung selama sebulan di Austria dan Switzerland.

Tanpa kelibat salah satu pasukan yang sentiasa menjadi perhatian dunia iaitu England telah meneggelamkan sedikit kemeriahan kejohanan kali ini. Ini berikutan sejak akhir-akhir ini, kelab gergasi Liga Inggeris banyak menguasai pentas kejohanan Eropah terutamanya Liga Juara-Juara Eropah yang diisi oleh kedua-dua kelab dari negara berkenaan di perlawanan akhir.

Walaubagaimanapun, kehangatan kejohanan ini akan tetap dirasai berikutan kebanjiran pemain-pemain ternama dunia serta bakat-bakat baru yang bakal menggegarkan dunia bolasepak mutakhir ini.