Thursday, July 3, 2008

FIFA: Malaysiaku Melonjak Naik!



Rangking FIFA No. 166: MALAYSIAKU - 96 mata
Dasat giler..
Dah membangun..
Dari rangking 169 kini naik 3 anak tangga..
Sangat positif dalam usaha untuk mengejar pasukan-pasukan 'bintang' yang masih berada di rangking yang lebih baik seperti;

153. INDIA (terkenal ngan gengster bawak kayu hoki bukannya pakai boot bola..),

156. MALDIVES (pantai pasir je banyak kat sini.. mana ada padang..),

165. SEYCHELLES (tempat orang buangan dari negara kita kalau ikut sejarah dulu la.. so diorang dah lagi terer main bola..),

148. FIJI (yang aku tahu ragbi 7 sebelah boleh la..),

133. BURUNDI (orang sini biasanya pakar dalam sumpit menyumpit..),

162. ST. LUCIA (ni nama kampong kot..),

160. ST. KITTS AND NEVIS (ni mesti nama taman perumahan ni..),

155. VANUATU (aku rasa negara ni xde rumput kot..)

FIFA: Sepanyol Terbaik Dunia


Setelah mengungguli kejuaraan Eropah baru-baru ini, Sepanyol sekali lagi melonjakkan nama di persada dunia apabila menaiki takhta teratas senarai pasukan terbauk dunia dengan mengatasi pasukan Argentina, Brazil,dan Itali.

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah mengumumkan senarai rangking terbaru bagi pasukan bolasepak negara-negara seluruh dunia semalam.

Ini berikutan persembahan hambar oleh kuasa-kuasa besar bolasepak dunia seperti Argentina dan Brazil dalam mengharungi perlawanan peringkat Kelayakan Zon Amerika Selatan yang sedang berlangsung akhir-akhir ini.

Pasukan-pasukan dari benua Eropah memenuhi 8 slot daripada 10 terbaik dunia manakala Itali dan Jerman menghuni senarai tiga terbaik dunia serta Belanda melonjak ke tangga kelima.

Jelas sekali kejohanan Eropah ini banyak mempengaruhi senarai rangking FIFA yang dikeluarkan semalam.


Senarai 10 pasukan teratas

1. Sepanyol - 1,557 mata

2. Itali - 1,404 mata

3. Jerman - 1,364 mata

4. Brazil - 1,344 mata

5. Belanda - 1,299 mata

6. Argentia - 1,298 mata

7. Croatia - 1,282 mata

8. Rep. Czech - 1,146 mata

9. Portugal - 1,104 mata

10. Perancis - 1,053 mata
.
Croatia pun apa kurangnya.. Hehe..

Wednesday, July 2, 2008

Sebar Islam Hadhari Fardu Kifayah


malaysiakini

Saiful Sidek Abdullah Jun 27, 08 2:11pm

Apabila kerajaan Selangor dan Pulau Pinang melarang sebarang program Islam hadhari serta kenyataan-kenyataan seperti “Islam Hadhari membuang masa”, “karut”, “mengelirukan” atau “menafikan kesyumulan Islam”, saya terpanggil memberikan pandangan berhubung dengan isu ini.
.
Pertama, kalau Islam hadhari difahami oleh kerajaan negeri yang melarangnya sebagai “program”, maka dimanakah kelirunya Islam Hadhari sehinggakan dikatakan pada suatu masa nanti - apabila ditanya apakah agama kamu - maka dijawabnya Islam hadhari!
.
Suatu program tetap suatu program. Ia bukan pendua kepada Islam, ia hanyalah usaha ta’alim dan tarbiyyah dalam bentuk program, bukan mazhab dan juga agama baru.
.
Kedua, jika diakui Islam hadhari bukannya isu, cuma persoalan istilah sahaja, maka dimanakah kewajarannya pandangan menteri besar Selangor yang mengatakan ia mengelirukan?
.
Istilah tetap di tempatnya, Islam juga utuh di tempatnya kecuali mereka yang tidak menggunakan akal sahaja yang akan terkeliru antara Islam dengan Islam Hadhari -- itu pun jika mereka tidak faham apa itu konsep Islam hadhari.
.
Baik, ketika kita mengucap dua kalimah syahadah, dimanakah istilah Islam di situ?
Apakah kita bimbang jika tidak ada istilah Islam (dalam dua kalimah itu), maka akan datang, malah sekarang, apabila ditanya apakah agama kamu, maka kita jawab, agama saya ialah asyhadu alla ila ha... dan seterusnya.
.
Saya hendak gambarkan di sini – jangan kita persulitkan isu ini hanya dengan istilah tanpa melihat isinya.
.
Ketiga, pelarangan sebarang program Islam hadhari bererti kerajaan Selangor dan Pulau Pinang telah melarang juga pengajaran prinsip-prinsip Islam hadhari.
Kita ambil prinsip pertama Islam hadhari, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah, maka ia juga telah dilarang oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.
.
Tindakan ini bukan sahaja menafikan hak asasi manusia, namun juga menyalahi hukum.
Keempat, tiada siapa dapat mendakwa telah berjaya melaksanakan Islam secara syumul. Islam sebagai cara hidup memang telah syumul dan sempurna, namun bukan dari segi pelaksanaannya kerana pelbagai halangan serta persyaratan yang belum terpenuhi.
.
Lihat sahaja sekarang. Pakatan Rakyat tidak sepakat untuk mewujudkan sebuah pentadbiran berasaskan Islam. Maka apa yang dapat kita ambil iktibar adalah, Islam sebagai cara hidup yang sempurna masih belum difahami atau dipersetujui oleh semua bangsa di dalam negara ini.
.
Justeru, kita katakan bahawa di samping usaha berterusan untuk memahamkan semua orang, kita juga perlu sedar kekangan-kekangan yang harus dihadapi daripada sesetengah bukan muslim. Untuk itu kita katakan bahawa, kita belum cukup syarat untuk pelaksanaan Islam yang syumul.
.
Maka, janganlah kita menolak sebarang usaha ta’alim (pembelajaran) dan tarbiyyah (pendidikan) walau dengan nama apa pun, kerana sebarang usaha tersebut fardu kifayah termasuk program Islam hadhari.
.
Maka, tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa, penentangan program Islam hadhari baik menggunakan kuasa kerajaan seperti Selangor dan Pulau Pinang, atau menggunakan ceramah-ceramah serta propaganda, sebenarnya punca kegagalan program Islam hadhari.
.
Kalau kita mengenepikan perbezaan fahaman politik, maka saya percaya konsep Islam hadhari ini akan berjaya. Apa buktinya?
.
Katakan kita ambil kesemua prinsip Islam hadhari dan kita namakannya 10 prinsip hadharah Islamiyyah (ketamadunan Islam) yang diperkenalkan oleh ustaz Abdul Hadi Awang atau Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ia mendapat sokongan penuh perdana menteri dan kerajaan pusat, maka apakah 10 prinsip itu akan dikatakan tidak baik, bid’ah, mengelirukan?
.
Kalau ada hadharah Islamiyyah, kena ada juga hadharah imaniyyah (seperti kata menteri besar Kelantan – kalau ada Islam hadhari, kena ada iman hadhari) atau ini semua membuang masa?
Justeru, Islam hadhari perlu dinilai dengan objektif, dengan mengetepikan fahaman politik dan mendalami ilmu-ilmu Islam yang luas agar kita tidak memberikan pendapat salah serta beremosi.
__________________________________________________________________
mahathirismail
.
Mengenai perkara ini, apa yang bermain dalam fikiran aku (salah seorang dari mereka yang agak kurang arif soal ilmu agama ini tetapi amat perihatin terhadap perkembangannya) ialah Islam Hadhari ini sendiri ditonjolkan oleh kerajaan BN untuk tujuan politik.
.
Cuba kita imbas kembali bagaimana istilah ini timbul serta cara pelaksanaannya terutamanya di Terengganu (Pilihanraya Umum 2004) yang seolah-olah perkara ini baru dan segar serta bertujuan untuk melengkapkan pendekatan Islam yang sebenar.
.
Lihat sahaja komen yang diberikan oleh para ulama seperti Mufti Perlis (itupun jika tidak suka merujuk kepada ulama pembangkang) mengenai soal ini.
.
Sebagaimana yang berlaku di Selangor, perlulah dirujuk kepada ucapan serta penjelasan penuh oleh Exco Agama Kerajaan Negeri (Dr. Hasan Ali) mengenai sebab pengharaman pelaksanaan Islam Hadhari itu.
.
Namun, apa yang lebih penting di sini adalah soal politik semata-mata. Sebagai salah seorang pendokong perjuangan yang menjadikan Islam itu sebagai wadah maka perlulah kita menentang satu pertubuhan yang cuba menggunakan pendekatan agama walhal mempunyai dasar yang jelas membelakangi agama.
.
Sekurang-kurangnya, kita perlu menyerahkan soal ini kepada mereka yang lebih arif serta ikhlas dalam perjuangan di dunia serta tekun mencari bekalan untuk akhirat (pada aku, antara contohnya adalah Tok Guru Nik Abd Aziz, Dato' Dr. Haron Din dan Tuan Guru Hj Abd Hadi).
.
Wallahua'lam.