Tuesday, August 26, 2008

Permatang Pauh: Terkini (Sehingga 09:20 pagi)

http://anwaribrahimblog.com/

Kemaskini Siaran Langsung dari Permatang Pauh
Selasa, 26hb Ogos 2008

8.00 pagi: Pusat Pengundian mula dibuka di 25 pusat seluruh Permatang Pauh
8.52 pagi: DSAI menuju ke pusat membuang undi di SMK Seri Penanti, Kubang Semang
9.00 pagi: 1000 penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat menyambut ketibaan DSAI.
9.20 pagi: Penyokong kedua belah pihak sedang bersorak. Keadaan panas tetapi terkawal

Permatang Pauh: Hari ini membuang undi

no2umno

Selasa, 26hb Ogos 2008 (seawal pagi)

Cuaca baik. Rakyat dan pengundi sudah turun untuk menjalankan tanggung jawab. Matahari memancar cerah dan ramai penyokong kedua dua pihak sedang memenuhi kawasan tempat pengundian. Mereka keluar awal takut hujan di waktu tengahari dan petang.

Najib sudah turun ... tak tau kat mana. Dan Anwar Ibrahim mungkin di dalam perjalan untuk membuang undi. Tak tau kat mana. Tapi sambutan OK. Keselamatan OK, cuaca OK dan di harap semuanya berjalan lancar.

Nanti .. .akan di beritahu.Tiada bas membawa pengundi hantu yang di tahan setakat ini. Liputan di buat di tv bernama, AStro. Pada yang kat pejabat tu, call call la kawan yang ada kat sana.
Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.

Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.
Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui antara 8 dan 9 malam ini.

Di beritahu oleh penyokong penyokong pKR yang ada di sana bahawa kalau PKR menang, keputusan akan lewat di umumkan sementara kalau BN menang, keputusan mungkin akan di umukan segera ... biasa la..

Merdeka pada kacamata Anwar



Memerdekakan Rakyat! Untuk, Memerdekakan Negara!

Isnin, 25hb Ogos 2008

Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan kita merdeka dari penjajahan yang sudah sekian lama menzalimi serta menindas. Beberapa hari lagi maka genap 51 tahun kita merdeka, 51 tahun sudah negara tercinta ini bebas dari penjajahan yang menindas.

Namun kita melihat selepas 51 tahun keadaan menjadi lebih buruk. Pengangguran bertambah berkali-kali ganda, inflasi berada di paras tertinggi dalam sejarah yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak, manakala kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah bagi mengurangkan beban rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah tempang dan gagal memenuhi hasrat rakyat yang inginkan perubahan demi kehidupan yang lebih baik, makmur, harmoni dan adil. Akan tetapi kita kesal demi menggelincirkan proses perubahan, Barisan Nasional sanggup untuk menggunakan politik fitnah dan adu domba.

Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Mari kita kuatkan iltizam serta perkukuh tekad perjuangan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO.

Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan anbiya lainnya seharusnya dijadikan iktibar. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina Syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di Mahkamah Syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!

26 Ogos 2008, undilah saya demi untuk keluar dari kesengsaraan hidup, rasuah dan kerencatan ekonomi. Bersempena bulan Merdeka ini marilah kita bersama-sama di Permatang Pauh ini mendakap semangat merdeka yang sebenarnya. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap.

Marilah kita Memerdekakan Rakyat! Demi Memerdekakan Negara!

ANWAR IBRAHIM