Friday, June 27, 2008

Euro 2008: Sepanyolku Ke Akhir

Kelas tersendiri..

Begitulah yang dapat aku simpulkan mengenai apa yang telah berlaku di Stadium Earnst Happel, Vienna awal pagi tadi.

Pendekatan yang tepat sebagaimana dirancang oleh pengemudi skuad Sepanyol, Luis Aragones membuahkan hasil apabila hampir kesemua gerakan pasukan lawan berjaya dikekang.

Penantian selama 44 tahun berakhir setelah Sepanyol melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan sejak menjuarainya pada tahun 1964.

Berikut adalah aksi-aksi penting yang dirakam dalam perlawanan tadi.



(1-0) Xavi Hernandez meraikan gol selepas menampan sepakan Iniesta


(2-0) Daniel Guiza menguis masuk hantaran Cesc Fabrigas




(3-0) David Silva merembat bola melepasi jangkauan Igor Akinfeev

Awas Jerman..

Euro 2008: Hiddink-Arshavin Gagal Julang Rusia

Separuh Akhir 2: Rusia..0 Sepanyol..3



Guus Hiddink merenungkan punca persembahan anak-anak buahnya



Andrei Arshavin gagal mempamerkan kehebatan yang dimilikinya


Di sinilah pejalanan mereka akhirnya terhenti..

Keadaan hujan lebat, padang yang basah serta kilat bersambutan seakan-akan memberi isyarat menandakan bahawa perjuangan singa-singa Rusia berakhir di sini.

Persembahan yang malap, kaku serta tampak tidak berkeyakinan pemain-pemain Rusia jelas memberi peluang kepada lawan mereka mengambil kesempatan sepenuhnya.

Frust gak tengok match tadi.. Harapkan saingan sengit tapi Rusia kaku sama sekali.. Walaumacamanapun tahniah Rusia..

Thursday, June 26, 2008

Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah - Nik Aziz


Harakahdaily
Salmah Mat Husain Wed Jun 25, 08 7:41:04 pm MYT
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) � Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.

"Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.

"Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.

"Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersama beberapa pemimpin lain bergegas ke Kuala Lumpur petang tadi bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

Menurutnya mesyuarat itu akan membuat keputusan berhubung dakwaan kononnya akan berlaku kerjasama PAS dengan Umno.

"Masalah besar iaitu perpecahan dalam PAS sebagaimana sebelum ini akan berlaku akibat kerjasama seperti yang dijalinkan suatu ketika dahulu," ujarnya.

Sedangkan kata beliau tokoh-tokoh Umno Kelantan telah menyertai PAS sebelum pilihan raya umum yang menggambarkan PAS kini semakin mendapat sokongan semua pihak.

Tambah beliau rakyat Kelantan di luar negara juga turut menyatakan sokongan terhadap PAS kerana mereka yakin terhadap perjuangan parti itu.

Bagaimanapun katanya, pertemuan individu di antara pemimpin PAS dan Umno tidak akan dihalang dan ia terbuka bila-bila masa.

"Penyertaan ahli Umno bersama PAS sebenarnya bukan melompat parti sebaliknya kembali pada ajaran Islam sebenar," katanya. - mj _