Sunday, February 8, 2009

Kemelut Perak: Segala yang berlaku ada hikmahnya


Dipetik dari Halaman Forum yob4ever.com

Sultan ada kata pada Nizar, Allah bersama orang yang sabar....

Nizar ada kata, pertolongan Allah semakin hampir....

Dari sudut positif, dan pada pendapat teman.......

Sultan dipaksa buat keputusan ini......pada masa yang sama, Sultan benarkan Nizar tidak letak jawatan, kerana Sultan hendak Nizar cabar keputusan ini di Mahkamah, kerana itu adalah satu2nya cara yangterbaik....

Kenapa selepas Sultan jumpa Nizar bagitau yang baginda tak perkenanbubar dewan, Nizar bagitau kat wartawan cakap Alhamdulillah, positif.

Kenapa selepas Nizar mohon untuk derhaka, tiada sebarang kenyataanbalas dari Istana??

Sultan boleh jer arahkan Nizar ditangkap ataubuang negeri...boleh jer Sultan arahkan Nizar kosongkan kediaman MB....

Mungkin sampai harinya, kebenaran akan terserlah....dan pada masa tubarulah kita tahu kebijakan Sultan buat keputusan ini....walaupun baginda dipaksa, baginda tahu yang keputusan ini boleh dicabar di Mahkamah dan sebagai seorang yang amat arif tentang undang2, baginda tahu yang keputusan ini akhirnya akan berpihak pada Nizar...

Perasan tak....Anwar buat press conference semalam...takder pun perkataannya kecam keputusan Sultan...dia hanya bagitau yang tindakan BN ni "Biadap".....biadap pada saper???

Fikirkanlah.....mungkin diapun telah diberi penjelasan oleh Nizar apa yang terjadi dan apa yang perlu dibuat....

Ini hanya pendapat teman....dan buat masa ni, walau pun teman banyak merapu sebelum ni, pendapat ni la yang teman akan pegang.....

Sultan buat begitu tentu ada sebabnya, kita perlu bersabar, pertolongan Allah semakin hampir.....

Friday, February 6, 2009

Surat MB Perak kepada DYMM Sultan

HarakahDaily.Net

Surat Nizar pada Sultan, sebab tidak letak jawatan MB

Harakahdaily Fri Feb 06, 09 9:10:50 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun.


YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Tumbangnya Satu Kerajaan Angkara Segelintir Manusia yang Runtuh Akhlaknya

Tanggal 5hb Februari 2009 menyaksikan betapa mudahnya segelintir manusia yang tidak bermaruah merobohkan satu kerajaan tanpa kerelaan rakyat di bawah payung pemerintahan kerajaan ini.

Walaupun kelihatan seakan mula menapak kukuh di persada pemerintahan dengan pendekatan yang tersendiri bagi mendapatkan keadilan untuk semua jelata serta secara konsisten bersungguh-sungguh dalam membuat perubahan ke atas kecacatan corak pemerintahan sebelumnya, namun angkara beberapa kerat makhluk tuhan ini maka berakhirlah satu harapan rakyat tanpa diberi peluang untuk membuktikan hasil daripada pelaksanaan yang dibuat oleh pimpinan kerajaan ini.

Diharapkan, andai terbentuknya gabungan kerajaan baru yang terbentuk melalui kesempatan yang diambil ke atas sedikit ketirisan perlembagaan ciptaan manusia ini, corak pentadbirannya bertambah jitu dan meyakinkan.