Monday, July 14, 2008

Hari Ini: Peristiwa Haru-Biru Akibat Provokasi?


Terdapat banyak insiden yang berlaku sepanjang hari ini yang seolah-olah negara kita ini menjadi haru-biru.


Aku pun kurang mengerti apakah tujuan pihak kerajaan membangkitkan pelbagai isu hari ini serta ditambah pula dengan usul Pakatan Rakyat yang hendak dibawa ke Parlimen. Seakan bakal timbul satu isu besar yang menggegarkan negara.


Di antara insiden yang timbul hari ini ialah;


1. Usul Pakatan Rakyat (difailkan oleh ketua pembangkang, Dr Wan Azizah pada Khamis lalu)terhadap PM yang baru sahaja ditolak oleh Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tengahari tadi. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86050.


2. Perhimpunan yang didakwa akan diketuai oleh Anwar Ibrahim di sekitar bangunan Parlimen walaupun telah dinafikan oleh beliau sendiri serta parti-parti pembangkang yang lain. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86034.


3. Sekatan jalanraya yang dijalankan oleh anggota Polis di sekitar bangunan Parlimen berikutan mahkamah mengeluarkan perintah mengharamkan sebarang perhimpunan dijalankan hari ini. Kesesakan yang teruk dilaporkan seawal pagi tadi banyak mengganggu urusan harian penduduk Kuala Lumpur. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86032.


4. Media alternatif dihalang untuk membuat liputan di Parlimen hari ini. Rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15787&Itemid=1.


5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu. Ini disebabkan beliau mendakwa terdapat 'gangguan' dari pihak berkuasa terhadap keluarga dan kakitangan beliau walaupun beliau telah berjanji untuk datang secara sukarela hari ini. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86046.

No comments: