Wednesday, August 6, 2008

Anwar dihadapkan ke mahkamah esok

malaysiakini

Abdul Rahim Sabri Aug 6, 08 12:18pm

Polis hari menyerahkan satu dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di mahkamah esok, dipercayai bagi menghadapi pertuduhan meliwat.

Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, ASP Jude Pereira.Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.

Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini.
____________________________________
.
Anwar terima notis, diarah ke mahkamah esok
.
6hb Ogos 2008 [Rabu]
.
Satu notis telah diperoleh daripada pihak polis pada jam 12.10 tengahari tadi meminta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah Majistret, Jalan Duta esok, 7 Ogos 2008.

Berikutan itu satu sidang media tergempar akan diadakan pada hari ini, 6 Ogos 2008 pada jam 3 petang bertempat di Ibu Pejabat KeADILan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Peguamnya, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini pada pukul 10.40 pagi ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dibawa ke mahkamah.

Beberapa pegawai polis berpakaian preman kelihatan berada di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini sejak pukul 10 pagi.Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

No comments: