Wednesday, August 20, 2008

Beijing 2008: Aguero pastikan Argentina gah


Bolasepak (Lelaki): Separuh Akhir
Beijing, Workers' Stadium
Brazil..0 Argentina..3

Inspirasi daripada pemain muda, Lionel Messi dan Sergio Aguero, jelas meningkatkan tahap persembahan gergasi Amerika Selatan ini bagi mengekalkan penguasaan pingat emas di Sukan Olimpik Beijing kali ini.

Skuad Brazil walaupun dibarisi oleh beberapa nama bintang seperti Ronaldinho, Anderson, serta Diego masih terkapai-kapai mencari rentak untuk menyaingi pasukan Argentina yang berwajah baru ini.

Aguero sekali lagi membuktikan bahawa beliau mampu menghasilkan tindakan penyudah yang amat digeruni lawan di samping beberapa kali mengancam kubu lawan melalui larian liciknya.

Kehadiran Lionel Messi juga turut mengubah dimensi baru bagi jentera serangan Argentina.

Pertemuan dengan Nigeria dalam perlawanan merebut pingat emas nanti amat ditunggu-tunggu peminat bolasepak dunia selepas Nigeria turut menggegarkan arena ini dengan persembahan mantap di separuh akhir menentang Belgium.
Lagi berita lanjut;

No comments: