Wednesday, August 20, 2008

EPL 2008/09: Perjuangan Baru Bermula

Minggu Pertama


Malam 16 dan 17hb Ogos lalu, telah bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris dan pelbagai aksi serta kejutan mula mewarnai pentas liga yang paling hebat di Eropah.

Dengan jaringan sulung musim ini oleh Samir Nasri (Arsenal), kehangatan mula dirasai.

Selaku juara bertahan, Manchester United tetap gugup pada perlawanan pertama mereka kerana ketiadaan beberapa tonggak utama. Namun sejarah telah menyaksikan bahawa pasukan ini mampu bangkit dengan cemerlang apabila bermula dengan lembab.

Chelsea tampak lebih bersedia di bawah bimbingan pengemudi baru, Luis Filipe Scolari. Perlawanan pertama mereka juga turut menjulang bintang baru, Deco.

Fernando Torres juga sudah boleh dijadikan harapan untuk barisan The Kops untuk menggegarkan liga ini pada musim ini apabila membantu pasukannya membenam Sunderland hanya dengan satu peluang sahaja yang terhidang di depan gol.

No comments: