malaysiakini
Muqabalah, protes minyak isu muktamar Pemuda
Abdul Rahim Sabri Aug 4, 08 5:24pm
Isu rundingan PAS-Umno dan kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat dijangka akan memanaskan muktamar Dewan Pemuda PAS minggu depan.
Selain itu, pembabitan parti Islam dalam Protes membantah kenaikan harga minyak dan pilihanraya kecil Permatang Pauh turut mewarnai perbahasan, kata setiausaha dewan itu Ahmad Sabki Yusof ketika dihubungi Malaysiakini.
Usul-usul itu akan ditapis oleh satu jawatankuasa di peringkat dewan itu yang akan mengadakan mesyuaratnya beberapa hari lagi.
Ketua jawatankuasa usul Suhaizan Kaiat berkata, ia akan bermesyuarat pada Khamis ini di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Jawatankuasa yang dianggotai oleh lima orang anggota termasuk beliau akan bermesyuarat pada 9 malam.
Suhaizan, yang juga ketua penerangan Pemuda PAS, menjelaskan beliau belum meneliti sepenuhnya usul-usul Dewan Pemuda negeri-negeri yang dihantar kepadanya.
"Ada sebahagian besar (usul-usul pemuda negeri) dah hantar, ada yang belum hantar. Sarawak belum hantar lagi," katanya.
"Kami akan menapis mana yang bersesuaian. Sekiranya ada yang bertindan atau lemah, kami akan tolak. Kami terima usul yang kuat (sahaja).
"Usul itu, katanya sekiranya ada persamaan bagi setiap negeri, mereka akan menggabungkannya usul-usul tersebut.
Muktamar Pemuda PAS dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos ini di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh jam 8 malam.Ia dijangka dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa.

No comments:
Post a Comment