Monday, October 20, 2008

The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History


Di atas adalah merupakan satu tajuk buku yang cukup terkenal serta menjadi rujukan di serata dunia berikutan kriteria yang dipertimbangkan oleh penulis bagi mengkategorikan seseorang tokoh hebat di dunia sepanjang zaman.

Penulis tersebut ialah Michael H. Hart yang merupakan seorang sejarawan yang cukup berani sehingga beliau meletakkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tokoh yang paling atas dan paling berpengaruh mengatasi tokoh-tokoh lain di seluruh dunia termasuk Jesus Christ, Albert Einstein, Mahatma Ghandi dan sebagainya.

Buku ini yang sentiasa hangat diperkatakan secara meluas oleh para cendikiawan di seluruh dunia, turut merungkai mengenai kehebatan Rasulullah dalam penghayatan agamanya di samping keagungan baginda dalam sistem politik sehingga membawa kesan besar kepada ummat baginda hari ini.

Sila rujuk kepada laman web di bawah untuk keterangan lanjut.




Perincian buku:

Hart, Michael H. The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Revised and Updated for the Nineties. New York: Carol Publishing Group/Citadel Press; first published in 1978, reprinted with minor revisions 1992.

2 comments:

Anonymous said...

Selawat ke atas Rasulullah S.A.W....tok puas hati tgk Nabi Isa ngan Nabi Musa ranking tapi nok wat ghano hok tulis ni bukey Islam key

mahathirismail said...

Kalu nok tahu biodata penulis buku ini, sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Michael_H._Hart