Monday, October 20, 2008

FIFA Futsal World Cup Brazil 2008: Sepanyol berputih mata



Vinicius menjulang piala selepas menumbangkan juara dunia

Aku agak kecewa kerana tiada siaran langsung perlawanan akhir ini malam tadi di saluran berbayar Astro dan hanya ditayangkan siaran ulangan malam ini. Lagi bertambah kecewa kerana pasukan yang diminati tersungkur di perlawanan akhir itu.

Perebutan antara Rodreguez dan Marquinho

Penjaga gol Brazil, Franklin, menjadi wira apabila berjaya menggagalkan sepakan penalti Sepanyol dalam penentuan sepakan penalti perlawanan akhir FIFA Futsal World Cup 2008 di Rio de Jeneiro malam tadi.


Franklin, wira gawang Brazil

Keputusan itu turut meranapkan harapan bekas juara dunia ini untuk merekodkan kejuaraan ketiga berturut-turut di samping cuba untuk menyamai rekod kejuaraan Brazil iaitu sebanyak tiga kali.


Marcelo tidak dapat menerima hakikat

1 comment:

Anonymous said...

takziah cuba lagi lain kali