Thursday, November 20, 2008

Aidiladha: Bersama Dewan Ulamak PAS

HarakahDaily.Net

Dewan Ulamak anjur Korban Perdana

Mohd Nor Yahya Wed Nov 19, 08 3:34:06 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Nov (Hrkh) - Sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan akan mengorbankan tiga ekor lembu untuk diagihkan kepada penduduk tempatan.

Manakala pada hari yang sama juga akan diadakan seminar 'Penghayatan Korban dan Perjuangan Masa Kini' bertempat di Markaz Dewan Ulamak PAS Kelantan (MADU) di Pulai Chondong, Machang.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, program tersebut akan diadakan pada Hari Raya Korban ketiga bermula jam 8 pagi.

Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentang iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Adun Demit, Ustaz Muhammad Mustafa dan anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

"Seminar terbabit akan disertai wakil-wakil Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri yang melibatkan seramai 500 peserta," katanya di sini.

Oleh itu beliau juga berharap semua wakil rakyat yang turut dijemput, hadir pada program tersebut bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim dengan penduduk tempatan.

Manakala penutup program itu disempurnakan Ketua Dewan Ulamak, Dato' Muhammad Daud. Bagi mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Abdullah di talian 013-9974 350.

No comments: