Arkib - April 1993
Pada 28 April 1993 sepupu Sultan Kelantan, Tengku Ibrahim Petra ditabal pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.
Pada majlis itu Tengku Ibrahim telah dihadiahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata daripada rakyat.
Laungan Hidup Tengku Ibrahim, Daulat Tuanku, Allahuakbar bergema setiap kali nama beliau disebut, program tersebut dilangsungkan di Ketereh.
Hadir sama di majlis itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Annuar Musa.
Menteri Besar Kelantan melahirkan sokongan secara terbuka supaya peristiwa pertabalan raja di Ketereh pada April 1993 dirujuk kepada jawatankuasa Timbang Tara DUN Kelantan.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peristiwa menabal raja di depan orang ramai adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Raja di kalangan orang Melayu diangkat begitu tinggi sekali sehingga istana mempunyai bahasanya tersendiri, seperti gering, santap, beradu, bertitah dan mencemar duli.
Itu adalah penghormatan tinggi diberi orang Melayu kepada rajanya. Jadi apa yang berlaku dengan menabal raja itu jelas mahu memperlekeh-lekehkan institusi beraja yang ada sekarang,katanya di sini.
Itu adalah penghormatan tinggi diberi orang Melayu kepada rajanya. Jadi apa yang berlaku dengan menabal raja itu jelas mahu memperlekeh-lekehkan institusi beraja yang ada sekarang,katanya di sini.
Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, di Kelantan ada orang main-main mahu lantik raja sehingga ditulis dalam akhbar, sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku bagi orang yang berfikiran waras.
Dalam persidangan DUN pada 2005, seorang wakil kerajaan mencadangkan supaya diwujudkan sebuah jawatankuasa timbang tara bagi menyiasat peristiwa pertabalan raja di Ketereh pada 1993.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, jawatankuasa itu boleh menentukan sama penganjuran program pertabalan mempunyai niat sebenar atau sebaliknya.
Jawatankuasa itu boleh menyiasat dan memanggil pihak-pihak terbabit dengan program pertabalan tersebut untuk disoal siasat mengenai niat sebenar mereka,katanya.
Sebelum itu, seorang penyokong kerajaan meminta wakil rakyat pembangkang yang terbabit dengan pertabahan Tengku Ibrahim Petra pada April 1993 memohon maaf kepada Sultan Kelantan.
Haji Buni Amin Hamzah (PAS-Salor) berkata, perbuatan yang dilakukan itu jelas menghina Sultan Kelantan kerana Umno mahu menggantikan dengan raja yang lain.
Setakat ini kita belum mendengar ada kenyataan menarik balik pemasyhuran tersebut atau memohon maaf kepada Sultan Kelantan, katanya. Buni Amin berkata, sekiranya perkataan daulat tuanku dilafazkan berkali-kali sudah tentu ia menggambarkan dirujuk kepada seorang raja.
No comments:
Post a Comment