Monday, November 30, 2009

PAS Kelantan: Di sebalik pujian ke atas Nik Abduh


Sejak mutakhir ini, media perdana dilihat cuba menangguk di dalam isu PAS Kelantan. Pelbagai usaha dilakukan bagi menzahirkan perpecahan PAS Kelantan termasuklah memperalatan kenyataan Ustaz Nik Abduh yang dilihat agak keras terhadap situasi politik PAS di Kelantan. Ini termasuklah menyerang secara berterusan ke atas Datuk Husam (yang saya lihat sebagai tokoh utama yang membantu Tok Guru dalam menghalang Kelantan dari jatuh ke tangan Umno.).

Kenyataan Ustaz Nik Abduh ini sering kali menjadi rujukan media perdana (Umno) bagi menghentam individu yang dilihat sebagai 'perisai' kepada Tok Guru dan Kerajaan Kelantan. Pelbagai pujian diberikan kepada beliau di atas kenyataan-kenyataan yang dianggap 'hebat' itu oleh media perdana.

Al-marhum Ustaz Fadzil Nor pernah memberi amaran kepada pendokong PAS agar menilai semula kenyataan atau pendekatan kita yang mendapat 'sokongan padu' dari media perdana mahupun Umno. Mesti ada yang tidak kena dan membawa keuntungan kepada mereka!

Jadi, adalah lebih baik Nik Abduh tidak lagi meneruskan niat beliau dalam mencanangkan isu-isu berkaitan dan memberi perhatian ke atas perjuangan (termasuklah tarbiyyah di kalangan pemuda dan seumpamanya).


mingguan malaysia
gguan Malaysia (29/11/2009)
Antara Husam dan Nik Abduh

PERKEMBANGAN politik Pas terutama di Kelantan makin panas sehingga menyebabkan cengkaman politik Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat goyah.

Kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantu beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman atas tuduhan rasuah, membawa episod baru apabila beliau diarahkan melepaskan jawatan. Dalam sebuah laman blog, Mohd. Ariff Fahmi dan isterinya yang juga anak Nik Aziz, dikecam teruk.

Belum pun reda isu tersebut dan isu penajaan haji kepada Nik Aziz oleh sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kontrak di Kelantan, tercetus pula pergeseran antara Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Husam Musa dan anak kepada Nik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Husam dalam satu laporan media menyatakan beliau ‘diserang’ menerusi kritikan anak Nik Aziz. ‘‘Jika dijawab (serangan itu) nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru.

Jadi saya bersabar,” katanya. Beberapa hari sebelum kenyataan itu, berdasarkan sumber dalaman Pas Kelantan, Husam dilaporkan mahu melepaskan jawatan tetapi beliau menafikan laporan tersebut.

Nik Abduh pula menyuarakan simpati terhadap bapanya yang menjadi mangsa permainan politik yang sengaja dirancang, yang sesetengah pemerhati mengaitkannya dengan proksi pemimpin tertentu.

Menurut Nik Abduh, berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telah kedengaran lebih awal. Walaupun tidak menyebut nama, ia jelas merujuk kepada Husam. Apa maknanya? Yang pasti, pergeseran itu menambah kekusutan Nik Aziz terutama sejak isu cadangannya memanggil muktamar agung luar biasa bagi membersihkan parti itu daripada beberapa kerat pemimpin pro Presiden Pas, Hadi Awang ditolak. Ia digantikan dengan seminar yang akhirnya mengundang kritikan balas perwakilan.
.
Siapakah yang Nik Aziz mahu memihak sama ada Husam, yang merupakan ayam tambatan politiknya atau anak beliau sendiri yang juga mempunyai karisma? Pendirian kedua-duanya berhubung sama ada wajarkah Nik Aziz berundur atau terus kekal, juga berbeza. Husam mencadangkan agar Nik Aziz mempertahankan kerusi DUN dan turut bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Nik Abduh pula lantang mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada berundur suatu hari nanti.

Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya. Sebelum ini, beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidak betul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan.

Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam.

2 comments:

Pidah-chan said...

sepatutnya Nik Abduh lebih memahami, lebih peka akan motif utama berita perdana itu...

sebagaimana disebut dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

....lagi tambahan PENGERTIAN FASIK:
Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Menurut syara’, fasik ialah orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau mengekalkan dosa-dosa kecil....nak detail baca di http://paskawasansetiu.blogspot.com/

Anonymous said...

Biar pecohlah nok pecoh gak.....