Thursday, June 5, 2008

Sah.. Aku Kena Beli Basikal Atau Naik Lembu!!

Memang aku naik minyak malam tadi!

Dua hari lepas, kerajaan telah berjanji bahawa paling awal tempoh kenaikan harga petrol/diesel dalam negara adalah pada bulan Ogos nanti. Tiba-tiba petang semalam dengan beraninya (mengambil risiko politik parti pemerintah), PM membuat pengumuman tersebut.

Walaupun dengan nada kesal beliau umumkan perkara ini, tapi aku rasa beliau tidaklah betul mengambil tahu permasalahan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (aku dan orang kampung aku la tu!).

Selepas pengumuman tersebut, aku dapati stesen-stesen minyak di ibukota bagaikan stadium-stadium utama atau lokasi ceramah Tok Guru Nik Aziz dengan kereta yang tidak putus-putus berbaris memasuki kawasan tersebut.

Kesian rakyat (termasuk la aku!).

Tuesday, June 3, 2008

Petrol/Diesel Naik Lagi?

"Ia akan berlaku...harga petrol akan naik,mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula."

Demikian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Shahrir Abdul Samad membayangkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang dijangkakan mulai Ogos depan kepada wartawan di lobi parlimen semalam.

(Berita lanjut sila layari http://www.harakahdaily.net)

Nampaknya kita sebagai rakyat Malaysia betul-betul kena ubah penampilan dan gaya hidup kita sekarang (sebagaimana yang disarankan oleh Pak Lah sebelum PRU 12).

Jadi, pandai-pandailah kita cari apa-apa 'menatang' yang tidak menggunakan petrol untuk pengangkutan ke tempat kerja.

Monday, June 2, 2008

Rindukan Serambi Mekah



Kini, hampir sebulan aku tidak pulang ke kampung halaman. Walaupun sebulan itu bukanlah tempoh yang panjang bagi warga lembah Klang yang tidak pulang ke kampung di Pantai Timur.

Tapi, bagi aku, ia adalah satu temph yang lama. Setiap kali pulang, aku akan memastikan cutiku ini merangkumi Hari Jumaat (cuti umum bagi rakyat Kelantan) kerana pada hari tersebut barulah kurasa aku benar-benar berada dalam negeri Serambi Mekah ini.

Pelbagai aktiviti keagamaan samada dikampungku (Kuala Krai) bahkan di ibu negeri menjadi pengisi kepada kehidupan masyarakat di sini. Kuliah YAB Tok Guru Menteri Besar pada malam Jumaat di rumah beliau (Kg. Pulau Melaka) disambung dengan Kuliah Pagi Jumaat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Kota Bharu benar-benar menjadikan masyarakat sekitar terdedah dengan ilmu kerohanian.

Perkara ini amatlah sukar untuk aku perolehi di Lembah Klang lantaran kesibukan mencari rezeki serta dengan suasana sekeliling yang terdorong kepada sikap materialistik.

Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan jiwa ini dapatlah di'tarbiyyah' di negeri yang berkat ini.