Monday, July 14, 2008

Sesumpah

no2umno


Artikel di dalam kpmu. Saranan Anwar bersumpah menjunjung Al Quran disaksikan oleh ulamak, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi;

Sebagai seorang Muslim yang menganut agama Islam, Anwar ada satu senjata untuk membersihkan diri beliau dari segala tuduhan ini dan bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak berdosa serta tidak melakukan liwat terhadap Saiful ataupun sesiapa sahaja, Anwar dicabar untuk bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Qur`an dimana sahaja masjid dalam Negara ini dengan disaksikan oleh semua ulama termasuklah Nik Aziz dan juga Haji Hadi. - kpmu


Di dalam perhimpunan Najib bersumpah tak perlu menjunjung Al Quran dan disaksikan 900 ahli UMNO yang semuanya ntah apa apa punya perangai ....

Datuk Seri Najib Razak invoked Allah's name and swore before about 900 Umno grassroots leaders on Thursday that he was not involved in the Mongolian Altantuya Shaariibuu case."I even swore in God’s name ... Wallahi Wabillahi Watallahi ... that I do not know this Altantuya woman at all. There is no greater oath. - Sun2surf


Bolah caya ka sumpah .... dua cara berbeza pada isu yang sama. Sumpah, sampah, serapah, tumpah, kepah, lapah, sepah dan lain lain lagi ......

Hari Ini: Peristiwa Haru-Biru Akibat Provokasi?


Terdapat banyak insiden yang berlaku sepanjang hari ini yang seolah-olah negara kita ini menjadi haru-biru.


Aku pun kurang mengerti apakah tujuan pihak kerajaan membangkitkan pelbagai isu hari ini serta ditambah pula dengan usul Pakatan Rakyat yang hendak dibawa ke Parlimen. Seakan bakal timbul satu isu besar yang menggegarkan negara.


Di antara insiden yang timbul hari ini ialah;


1. Usul Pakatan Rakyat (difailkan oleh ketua pembangkang, Dr Wan Azizah pada Khamis lalu)terhadap PM yang baru sahaja ditolak oleh Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tengahari tadi. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86050.


2. Perhimpunan yang didakwa akan diketuai oleh Anwar Ibrahim di sekitar bangunan Parlimen walaupun telah dinafikan oleh beliau sendiri serta parti-parti pembangkang yang lain. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86034.


3. Sekatan jalanraya yang dijalankan oleh anggota Polis di sekitar bangunan Parlimen berikutan mahkamah mengeluarkan perintah mengharamkan sebarang perhimpunan dijalankan hari ini. Kesesakan yang teruk dilaporkan seawal pagi tadi banyak mengganggu urusan harian penduduk Kuala Lumpur. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86032.


4. Media alternatif dihalang untuk membuat liputan di Parlimen hari ini. Rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15787&Itemid=1.


5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu. Ini disebabkan beliau mendakwa terdapat 'gangguan' dari pihak berkuasa terhadap keluarga dan kakitangan beliau walaupun beliau telah berjanji untuk datang secara sukarela hari ini. Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/86046.

Debat: Anwar vs Shabery Cheek [Terkini]


Tajuk: Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Tarikh: 15hb Julai 2008

Jam: 09:00 malam

Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Agendadaily melaporkan ada perubahan tentang penyiaran debat tersebut. TV 3 tidak akan menyiarkan rancangan secara langsung (hanya untuk siaran ulangan jika perlu) dan di tukar ke TV9.