Tuesday, August 5, 2008

Tok Guru: Lebih baik menderma daripada beli rokok

harakahdaily

Salmah Mat Husain Mon Aug 04, 08 11:04:30 am MYT

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) - Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.

"Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang," ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.

"Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri," ujarnya.

Sinar Harian dah mula merapu?


Sudah lama rasanya tidak membeli akhbar arus perdana berikutan pendekatan yang diambil oleh 'tuan punya' akhbar tersebut amat menyakitkan hati terutamanya di kalangan penyokong pembangkang serta makhluk 'neutral' (macam aku ni).

Walaupun tidak membeli,bukanlah bermakna ia tidak boleh dibaca. Biasanya aku mengambil kesempatan membaca secara 'percuma' di kedai-kedai kopi /restoran atau pejabat-pejabat kerajaan/swasta. Bagi aku, suratkhabar macam ni patut diberi percuma sahaja bahkan informasi yang tidak perlu dibeli untuk diperolehi.

Oleh itu, sejak dilancarkan penerbitan akhbar baru, Sinar Harian, aku mula menjadi salah seorang pembeli tetap akhbar ini kerana mendapati pendekatan yang diambil agak neutral, pendedahan yang adil serta tidak terlalu 'mengampu'.

Akhbar ini (yang bermula di Kelantan 2 tahun lalu dengan harga 50sen jah!) mula menambat hati penduduk di negeri Cik Siti ini.

Namun akhir-akhir ini, aku agak 'confuse' dengan satu pendedahan oleh akhbar ini mengenai satu isu yang belum jelas dan hal ini mula merobek sedikit minat aku terhadap akhbar ini. Sila lihat pendedahan di bawah.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16193&Itemid=1

harakahdaily

Kabinet bayangan: Pejabat MB nafi, Sinar Harian digesa mohon maaf

Nyza Ayob Tue Aug 05, 08 7:17:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan bahawa Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menamakan mana-mana individu untuk kabinet bayangan sebagaimana yang telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Ogos lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad lewat petang semalam, pejabat Menteri Besar meminta agar pihak editorial Sinar Harian memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan memandangkan ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan pembaca.

Jelasnya, sebarang keputusan melibatkan pimpinan rakyat di peringkat pusat akan dibuat oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Artikel yang bertajuk 'PR sudah mula bentuk kabinet bayangan' disiarkan di muka N2 dalam akhbar tersebut.

Berikut adalah sebahagian petikan artikel tersebut:

'Shah Alam-Walaupun belum memerintah negara tetapi Pakatan Rakyat (PR) sudah membentuk 'kabinet bayangan' yang diterajui Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain menjadi Perdana Menteri, Anwar juga kana memegang portfolio Menteri Kewangan.


Katanya, penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dialntik sebagai Timabalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.


"Terdapat kemungkinan struktur 'kabinet bayangan' itu akan diubah beradsarkan pengalaman PR dalam mentadbir kerajaan Selangor. Rasanya kita akan uabh dan lakukan.


"Tetapi saya rasa setelah kita berdepan usaha mengubah Selangor selama empat bulan lagi,"katanya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diterajui oleh Tian Chua, Gobalakrishnan, Irene Fernandez, Senator Yong Teck Lee dan William Leong.


Struktur 'kabinet bayangan' yang terdapat dalam laman blog Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran itu menyenaraikan Tony Pua sebagai Menteri Kewangan ke II dan Karpal Singh sebagai Menteri Dalam Negeri '.

Muktamar: Usul yang bakal dibawa Dewan Pemuda PAS


malaysiakini

Muqabalah, protes minyak isu muktamar Pemuda

Abdul Rahim Sabri Aug 4, 08 5:24pm

Isu rundingan PAS-Umno dan kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat dijangka akan memanaskan muktamar Dewan Pemuda PAS minggu depan.

Selain itu, pembabitan parti Islam dalam Protes membantah kenaikan harga minyak dan pilihanraya kecil Permatang Pauh turut mewarnai perbahasan, kata setiausaha dewan itu Ahmad Sabki Yusof ketika dihubungi Malaysiakini.

Usul-usul itu akan ditapis oleh satu jawatankuasa di peringkat dewan itu yang akan mengadakan mesyuaratnya beberapa hari lagi.

Ketua jawatankuasa usul Suhaizan Kaiat berkata, ia akan bermesyuarat pada Khamis ini di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Jawatankuasa yang dianggotai oleh lima orang anggota termasuk beliau akan bermesyuarat pada 9 malam.

Suhaizan, yang juga ketua penerangan Pemuda PAS, menjelaskan beliau belum meneliti sepenuhnya usul-usul Dewan Pemuda negeri-negeri yang dihantar kepadanya.

"Ada sebahagian besar (usul-usul pemuda negeri) dah hantar, ada yang belum hantar. Sarawak belum hantar lagi," katanya.

"Kami akan menapis mana yang bersesuaian. Sekiranya ada yang bertindan atau lemah, kami akan tolak. Kami terima usul yang kuat (sahaja).

"Usul itu, katanya sekiranya ada persamaan bagi setiap negeri, mereka akan menggabungkannya usul-usul tersebut.

Muktamar Pemuda PAS dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos ini di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh jam 8 malam.Ia dijangka dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa.