Tuesday, March 31, 2009

Program Anwar di tiga pilihanraya kecil

anwaribrahimblog.com

BUKIT SELAMBAU (31 Mac 2009):

Tempat: JDM Bukit Rusa, Bukit Selambau

Masa: Jam 10 Malam

Hubungi: Sdr. Saiful Izham 012 321 1162
———-

BATANG AI (1hb April 2009):

4.30 PM: Rumah Panjang Lubok Subong

7.00 PM: Solat Maghrib di Masjid Kg Melayu

8.00-9.00 PM: Lawatan Rumah Panjang (akan ditentukan kemudian)

10 malam: Ceramah perdana di Lubok Antu

Untuk dihubungi: Sdr Hasrul Muhaimin Hasbi 012 2239 738
———-

BUKIT GANTANG (2 April 2009):

8 malam:Ceramah di Markaz Trong

10 malam: Ceramah di Markaz Sungai Tinggi

BUKIT GANTANG (5 April 2009):

9-11 pagi: Prog bersama YB Nizar

11pg -1 tghari: Dialog dengan Warga Guru

1-2 ptg: Jamuan Rakyat di DUN Sepetang (tempat akan di tentukan kemudian)

2-5 ptg:Rehat/meeting dgn Petugas

5-7ptg:Hi-Tea di DUN Changkat Jering

7.30 -8.30 mlm: Tazkirah (Surau/Masjid akan ditentukan)

9 - 11 mlm - 2: Ceramah Perdana

Untuk dihubungi: Hj Ismail 012 508 0344
———-
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Pilihanraya Bukit Gantang: Di hari penamaan calon

Apabila diperhatikan jumlah kehadiran penyokong Pakatan Rakyat di Bangunan WismaTaiping, secara kasarnya aku berani membuat kesimpulan iaitu melebihi sepuluh kali ganda dengan jumlah kehadiran penyokong 'kerajaan negeri' yang baru di sebelah hujung padang sana.

Pelbagai gelagat ditunjukkan bagi menggambarkan betapa kecewanya rakyat terhadap kerajaan sekarang. Mereka seolah-olah tidak sabar untuk 'meneriak' ke seluruh pelusuk negara mengenai perasaan mereka melalui peti undi.

Di satu bahagian, terdapat ribuan manusia berkumpul di lereng bukit di bawah payungan pepohon yang rendang sambil menyampaikan teriakan semangat secara serentak. Nampak seakan-akan pemandangan di Grand Stand Stadium San Siro, Itali.

Di bahagian lain pula kelihatan paluan gendang yang dikepalai oleh rakyat berbangsa India yang turut dikerumuni oleh orang ramai.

Masyarakat Cina pula dilihat cukup berdisiplin dalam memastikan panji sentiasa berkibar tanpa memikirkan kepenatan.

Namun sebagaimana yang telah dijangka, semua itu tidak langsung dapat mencuri perhatian media utama walaupun secubit. Peristiwa bersejarah ini telah dipejamkan sepenuhnya dan tidak akan tercatat sebagai bahan untuk diingati lantaran penggantungan dua akhbar baru-baru ini.

Begitulah senario politik kini di mana amalan yang ditinggalkan oleh parti pemerintah dulu 'digali semula' untuk digunapakai sekali lagi..


Lerengan bukit dipenuhi para pejuang


Ribuan manusia menantikan pengumuman calon


Penyokong mengiringi Ir Nizar dan pimpinan PAS yang lain selepas diumumkan calon


Sebahagian penyokong meluahkan perasaan kepada pimpinan BN ditenteramkan oleh YB Mujahid Rawa dan Ustaz Ahmad Awang


Timbalan Mursyidul Am (Dr Haron Din) terpaksa berehat seketika semasa perarakan calon


Kapal selam pun tumpang berkempen


Sebahagian pejuang yang datang dari jauh (Kuala Krai)


Kelab Penyokong PAS


DAP dan Keadilan turut terlibat


Makkal Sakti turut memberi sokongan

Monday, March 30, 2009

Pilihanraya Kecil Bukit Gantang: Menjelang hari penamaan calon


Selepas gagal mengikuti perkembangan secara langsung di Kuala Terengganu sebelum ini, aku bertekad untuk sama-sama merasai kehangatan suasana pilihanraya kecil di Bukit Gantang.

Memang agak terkilan lantaran tiada kesempatan untuk bersama-sama pendokong perjuangan Islam di Kuala Terengganu yang bertungkus-lumus menjalankan gerak kerja penerangan dari rumah ke rumah, dan kemudian pula dapat merasai nikmat kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Kali ini, aku telah merancang sebaik mungkin untuk melihat sendiri suasana tersebut di samping keluarga.

Petang Sabtu (28hb Mac 2009), aku mula bertolak dari Kuala Lumpur pada sebelah petang dan sampai ke destinasinya kira-kira jam 10 malam.

Persinggahan kami di beberapa hentian lebuhraya (Hentian Tapah) membayangkan betapa suasana menghadapi pilihanraya telah hangat dengan lambang-lambang parti terdapat pada pakaian atau kenderaan mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung.

Setibanya di Bukit Gantang, kelihatan perang poster telah pun bermula. Walaupun hujan lebat tidak henti-henti, banyak pos-pos parti dipenuhi orang ramai.

Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk mencari gerai-gerai menjual pakaian termasuk topi dan seumpamanya untuk dipakai sepanjang hari penamaan calon keesokannya.

Apa yang menarik di sini ialah terdapat lokasi yang dinamakan sempena pimpinan PAS negara seperti Dataran Tok Guru Nik Abd Aziz dan sebagainya.






Orang ramai memenuhi gerai jualan cenderahati