Sinar Harian
[Berita Daerah - Edisi Kelantan]
Remaja terlantar perlukan bantuan
MANIK URAI – Seorang ibu yang menjaga anak kurang upaya (OKU) sejak lahir tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak, merayu untuk memohon bantuan bagi menampung perbelanjaan anaknya yang terlantar sejak 16 tahun lalu.
Mohd. Afzan Anuar, 16, anak sulung daripada lima beradik tidak dapat bergerak untuk menguruskan dirinya dan dijaga sepenuhnya oleh ibunya, Hasmah Zakaria, 35, di kediaman neneknya di Kampung Sungai Garam, dekat sini.
Menurut Hasmah, dia tidak tahu prosedur untuk mendapatkan sebarang bantuan daripada pihak berkaitan dan hanya menampung perbelanjaan mengharapkan hasil kerja keras suaminya, Anuar Ibrahim, 40-an, yang bekerja sebagai penoreh getah.
“Kami menanggung sendiri perbelanjaan sekeluarga dengan pendapatan suami sebagai penoreh getah tidak sampai RM400 sebulan.“Menerusi pendapatan itu jugalah, kami menanggung empat orang lagi anak. Tiga daripadanya masih bersekolah di tingkatan dua, tahun empat dan tadika.
“Sebelum ini, kami pernah cuba dapatkan bantuan daripada wakil rakyat terdahulu, tetapi tidak mendapat kelulusan kerana kami dikatakan golo-ngan berkemampuan.
“Bagaimanapun, kami pernah dikunjungi oleh wakil rakyat baru yang datang menziarahi anak saya sebelum ini.“Sedangkan kami hanya menumpang tinggal di rumah ibu saya sahaja,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian semalam.Katanya, pendapatan sua-minya di ladang getah milik orang tidak menentu dan tidak mampu lagi menampung perbelanjaan anaknya yang semakin membesar.
“Dahulu keperluan anak-anak tidak banyak seperti hari ini kerana mereka masih kecil. Kini, semua mereka telah bersekolah dan perbelanjaan rumah semakin meningkat termasuk Afzan juga memerlukan perhatian dan perbelanjaan yang sama.“Saya pula tidak dapat keluar bekerja kerana perlu menjaga Afzan yang sentiasa memerlukan perhatian.
“Makan dan minumnya terpaksa disuapkan. Apabila hendak membuang air pun, saya yang uruskan. Kami tidak mampu membelikannya lampin pakai buang kerana kosnya terlalu banyak,” jelas Hasmah.
Sementara itu, menurut nenek Afzan, Esah Ismail, 60, dia telah mengadu kepada banyak pihak tetapi tiada seorang yang dapat membantu, sehinggalah jirannya menyarankan agar disiarkan melalui akhbar untuk mendapatkan bantuan.
Sinar Harian difahamkan, Afzan juga tiada kad OKU kerana ibunya tidak tahu bagaimana prosedur untuk membuat kad tersebut.Hasmah juga berharap akan mendapat sumbangan daripada mana-mana pihak tidak kira orang perseorangan atau korporat yang prihatin, sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
Monday, August 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment