http://muktamar55.pas.org.my
Kukuhkan PAS melalui pemerkasaan organisasi
Ditulis oleh Te@m I.T
FRIDAY, 05 JUNE 2009 08:20
SHAH ALAM, 5 Jun - "Hasrat untuk melihat PAS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat tidak akan dapat dicapai tanpa mempunyai sistem pengurusan parti yang kukuh," itulah antara intipati Ucapan Dasar Presiden, Tuan Guru Presiden Abdul Hadi Awang sempena Muktamar kali ke-55 PAS yang sedang berlangsung di Stadium Melawati hari ini.
Pengurusan parti yang dimaksudkan adalah melibatkan sistem pejabat, pengurusan organisasi dan petugas parti. Beliau dalm ucapannya menekankan agar kualiti ahli perlu ditingkatkan melalui kursus-kursus yang dirancang bagi melahirkan individu yang mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas serta tahan ujian seterusnya menjadi penyumbang kepada penerusan perjuangan Islam.
Menyedari bahawa ahli PAS terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang pendidikan, antaranya terdidik di bawah organisasi dakwah sementara sesetengahnya tidak mempunyai tarbiyah Islam langsung.
Ustaz Hadi juga menekankan agar semua ahli PAS perlu ditarbiyah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan oleh PAS serta memahami budaya dan kaedah PAS bagi melahirkan ahli yang faham serta istiqamah dalam perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Tuesday, June 9, 2009
Muktamar: Intipati Ucaptama Presiden
http://muktamar55.pas.org.my
Tumpu pada pentarbiyahan ahli - Hadi
Ditulis oleh Te@m I.T
FRIDAY, 05 JUNE 2009 04:37
SHAH ALAM, 5 Jun - Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika membentangkan ucapan dasar presiden bersempena dengan Muktamar PAS kali ke-55 dekat sini menyentuh berkenaan peranan dewan-dewan terutama dalam proses memberi pentarbiyahan kepada ahli dan menarik masyarakat dan golongan muda kepada PAS.
Beliau dalam ucapannya, menggesa Dewan Ulamak supaya terus memberikan kefahaman kepada ahli PAS dengan memberi penekanan kepada pembinaan fikrah perjuangan yang jelas, merealisasikan konsep kepimpinan ulamak, istiqamah, wehdatul fikrah dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, Dewan Ulamak disarankan untuk menganjurkan program-program yang dapat menarik golongan ulamak muda sebagai meneruskan kelangsungan perjuangan Islam serta tidak mengabaikan golongan veteran PAS supaya pengalaman yang dimiliki dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS atas kejayaan mereka dalam menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang lalu.

Muktamar: Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang telah menyampaikan ucapan dasar beliau yang bertajuk "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN".
Bagi mendapatkan kandungan ucaptama beliau, sila layari http://muktamar55.pas.org.my/ucaptama/UDP_BM.pdf.
Subscribe to:
Posts (Atom)