Friday, August 29, 2008

Al-Kisah Naib Cancelor UiTM

HarakahDaily.Net


Apa khabar Ibrahim Abu Shah?

Ahmad Lutfi Othman Mon Aug 25, 08 3:31:28 pm MYT

Apabila kekerapan penerbitan Harakah dikembalikan dua kali seminggu, ia dilihat langkah terbuka kerajaan untuk membuka ruang lebih selesa buat perdebatan awam.

Bagaimanapun ada pihak menanggapnya sebagai pendekatan lunak Umno-BN untuk 'memikat' PAS, yang sarat dengan motif politik, sekali gus mahu menjarakkan hubungan parti Islam itu dengan sekutu Pakatan Rakyat.

Tidak sukar membuktikan kebebasan bersuara di negara ini masih dicengkam kuat. Selain undang-undang drakonian, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, ISA, OSA, Akta Polis, dan Auku masih berleluasa, sikap bebal pemimpin utama Umno-BN terhadap "pandangan kedua" cukup menjolok mata.

Lihat saja bagaimana perbezaan pandangan dalam Umno dipancung, membuatkan suara kritikan tenggelam, dan amalan setia membabi-buta dibudayakan.

Sepatutnya keputusan tsunami politik 8 Mac mengajar Umno untuk tidak lagi memperbodohkan rakyat, namun ia langsung tidak memberi iktibar buat parti yang kehilangan tiga negeri, Perak, Kedah dan Selangor.

Media utama yang dikongkongnya terus menyiarkan berita, analisis dan pandangan selari dengan keinginan halua telinga penguasa.

Ya, mungkin Harakah tidak dirampas lagi, Suara Keadilan dapat terbit lebih kerap walaupun permitnya tidak membenarkan, Sinar Harian bebas menyiarkan perkembangan kerajaan Pakatan Rakyat, namun "cahaya di hujung terowong tidak secerah disangka".

Dorongannya adalah desakan politik, bukan sikap keterbukaan menghormati atau meraikan kritikan lawan.

Di bawah Menteri Penerangan baru, debat politik membabitkan tokoh ternama pembangkang, termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, disiarkan secara langsung.

Langkah baik yang boleh mengangkat martabat demokrasi harus disokong, dan harus disuburkan sebagai satu tradisi, bukan pesta berhelah yang bermusim. Lagi pun suara nurani rakyat kini sukar disekat.

Demonstrasi mahasiswa UiTM - khabarnya tercetus di segenap kampus seluruh negara - yang menyanggah keras cadangan awal Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka kemasukan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera, dari satu sudut, boleh juga dilihat sebagai cerminan kebebasan buat anak-anak muda.

Saya cuba mencari elemen positif daripadanya, dengan mengalu-alukan sikap proaktif gerakan mahasiswa, meskipun mereka mengecam pimpinan Pakatan Rakyat.

Namun, hairan juga, tiba-tiba saja UiTM yang terkenal dengan pentadbiran 'kuku-besi' Naib Canselor Ibrahim Abu Shah, bukan hanya membenarkan "amarah orang muda" dilepaskan, malah "memaksa" mereka turun ke jalan!

Satu senarai panjang boleh diunjurkan jika mahu berbicara soal tekanan Ibrahim terhadap warga UiTM. Ada pensyarah yang dilihat propembangkang dikenakan tindakan disiplin dan dipindahkan ke Sabah atau Sarawak, tanpa diberi peluang bela diri.

Sekatan pilihan raya kampus diperketatkan sehingga pelajar bukan Aspirasi takut mengambil borang pencalonan, apatah lagi bertanding.

Sikap bebal Ibrahim yang berbangga dengan "semangat Melayu" dapat ditonton dengan jelas dalam debat perdana RTM satu waktu dulu.

Seolah-olah, baginya, bangsa bukan Melayu yang "banyak menuntut hak" merupakan seteru yang perlu dihantar balik ke negara asal.

Kepungan mahasiswa bukan sekadar tertumpu di UiTM. Ia juga mengasingkan para pensyarah dalam dunia gelap-gelita. Modal insan berotak geliga dipasung di menara gading.

Lagi sekali, suasana keterbukaan yang cuba dijelmakan di luar kampus langsung tidak bersambut oleh para naib-naib canselor. Universiti mungkin kian diperindahkan dengan hiasan fizikal, namun jiwa penghuninya meraung kelemasan.

Beberapa profesor yang kerap Harakah hubungi untuk mengulas perkembangan semasa, yang selari dengan bidang pengkhususan masing-masing, mendapat surat amaran atau tunjuk sebab.
Kesalahan mereka kerana tidak memohon kebenaran naib canselor sebelum bercakap dengan media!

Ada pensyarah yang disekat kenaikan pangkat, dinafikan hak memegang jawatan pentadbiran dalam fakulti hanya kerana berbicara dengan Harakah.

Dan ia berlaku, di dua buah universiti terkemuka dalam negara, yang kian merosot tahap pencapaiannya dalam ranking dunia.

Liverpool FC: Kumpulan 'agak maut' dalam Liga Juara-Juara Eropah 2008/09


LIVERPOOLFC.TV


REDS FACE PSV, MARSEILLE AND ATLETICO MADRID

Jimmy Rice 28 August 2008

Liverpool have been drawn in Champions League Group D alongside PSV, Marseille and Fernando Torres' former club Atletico Madrid.

The draw will take El Nino back to the Vicente Calderon for the first time since his record transfer last summer.

Atletico, whose squad includes former Reds Luis Garcia and Florent Sinama-Pongolle, finished fourth in La Liga last term.

Marseille, meanwhile, were the third best team in France during 2007-08.

They twice faced the Reds in last season's group stages, winning 1-0 at Anfield before missing out on a place in the second round following a 4-0 home defeat.

Ex Red Bolo Zenden still plays at the Stade Velodrome.

Dutch champions PSV make up Group D, a side Liverpool faced four times en route to Athens in 2006-07, with Gerrard and co recording three wins and a draw.

UEFA Champs League 2008/09: Pengundian peringkat kumpulan

mahathirismail

Setelah tamat kesemua perlawanan kelayakan ke kejohanan ini, maka malam tadi berakhirnya debaran penantian mengenai keduduka pasuka di dalam setiap kumpulan bagi Pusingan Pertama kejohanan ini.
.
Proses pengundian tersebut dijalankan di Grimaldi Forum, Monaco dan diketuai oleh David Taylor selaku Setiausaha Agung UEFA.

Antara yang menarik perhatian mengenai keputusan pengundian semalam adalah seperti berikut;

Kumpulan A: Chelsea dan Roma dilihat tiada masalah untuk layak ke pusingan kalah mati apabila diundi bersama Girondins de Bordeaux dari Perancis dan CFR 1907 Cluj dari Romania.

Kumpulan B: Inter Milan dan Werder Bremen bakal layak sambil dicabar oleh Panathinaikos dan kelab dari Cyprus, Anarthosis Famagusta.

Kumpulan C: Barcelona dan Sporting Lisbon dijangka berpeluang ke peringkat seterusnya walaupun dicabar FC Basel dan Shakhtar Donetsk.

Kumpulan D: Kumpulan ini dianggap 'sengit' apabila Liverpool bakal ditentang oleh PSV Eindhoven, Olympique Marseille serta pasukan yang sukar dijangka, Athetico Madrid.

Kumpulan E: Juara bertahan, Manchester United, dilihat tidak mempunyai masalah dalam kumpulan ini yang turut dianggotai Celtic dan Villareal serta kelab dari Denmark, Aalborg BK.

Kumpulan F: Olympique Lyonnais dan Bayern Munich dijangka layak serta bakal dicabar Steaua Bucurest dan Fiorentina.

Kumpulan G: Arsenal dijangka mudah melepasi kumpulan ini yang turut dianggotai FC Porto, Fenerbahce dan FC Dynamo Kiev.

Kumpulan H: Real Madrid bakal menerima tentangan Juventus di samping penyertaan pertama buat Zenith St. Petersbourgh serta Bate Borisov dari Belarus.

Secara keseluruhannya, setiap kumpulan dalam kejohanan musim ini dilihat seimbang.


Berita dari Kuala Krai: 29hb Ogos 2008

Sinar Harian

[Edisi Kelantan - Berita Daerah]


Sambutan kemerdekaan pupuk kerjasama

KAMPUNG TENGAH - Semangat kerjasama dan saling bantu membantu diterapkan sejak peringkat akar umbi agar anak-anak mempunyai nilai jati diri tinggi dan tidak bersikap mementingkan diri ketika berada dalam masyarakat kelak.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah me-ngadakan pelbagai sambu-tan yang melibatkan seluruh warganya dekat sini, semalam.

Guru Besar SK Kampung Tengah, Roznan Mohd Noor berkata, program sambutan kemerdekaan peringkat sekolah tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas dengan pelbagai acara yang disediakan melibatkan pelajar dan guru.

Katanya, tahun ini turut diadakan acara konvoi berbasikal untuk pelajar bagi mempelbagaikan lagi sambutan perayaan.

“Melalui acara tersebut juga kami dapat menyemai semangat kerjasama antara pelajar.

“Selain itu, kibaran Jalur Gemilang yang dipamerkan pada setiap basikal melambangkan semangat anak-anak ini yang kental menyempurnakan misi mereka,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Katanya, selain acara konvoi, majlis sambutan dimulakan seawal 8 pagi dengan perhimpunan dan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung.

Kemudian, tambahnya, laungan kemerdekaan dilafazkan sebelum bacaan doa selamat dibacakan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat kemerdekaan negara. Katanya, selepas perhimpunan pagi, acara dimulakan dengan pertandingan basikal cantik yang dihiasi Jalur Gemilang sebelum konvoi diadakan.

“Tamat konvoi kira-kira jam 11 pagi, acara diteruskan dengan pertandingan melukis tahap dua dan pertandingan mewarna bagi tahap satu.

“Bagi acara dewan, terdapat persembahan nyanyian lagu patriotik yang disampaikan oleh guru dan persemba-han murid bagi mewakili setiap tahun,” jelasnya.

Sementara itu, menurut setiausaha program, Huzaima Hussin, konvoi basikal berkenaan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Kuala Krai yang membuat pengawasan sepanjang konvoi tersebut.

Sehubungan itu, beliau merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak Rela di atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang konvoi berkenaan.

Zakat fitrah di Kelantan RM7.60


mahathirismail

Dengan peningkatan harga petrol dan disel, secara tidak langsung harga barangan turut meningkat.

Oleh yang demikian, nilai zakat fitrah bagi rakyat Kelantan meningkat sebanyak RM2.20 berbanding tahun lepas iaitu RM5.40.

Berita rasminya adalah seperti berikut.


Sinar Harian
[Edisi Kelantan - Jumaat 29hb Ogos 2008]


Bayaran zakat fitrah di Kelantan meningkat RM7.60

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) semalam mengumumkan nilai zakat fitrah bagi seluruh Kelantan tahun ini ialah RM7.60, meningkat dari tahun lepas sebanyak RM5.40.

Yang Dipertua MAIK, Datuk Wan Mohamad Wan Konok berkata, penetapan harga zakat berdasarkan kepada keputusan jemaah ulama yang bersandarkan kepada nilai harga barang-barang keperluan semasa yang semakin meningkat.

“Jadi harga zakat di Kelantan tahun ini ialah RM7.60 meningkat dari tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Zakat Peringkat Kelantan di sini, semalam.

Pelancaran majlis itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.

Thursday, August 28, 2008

Tazkirah: Menyambut Ramadhan al-Mubarak


HarakahDaily.Net

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Dr Osman Nasir Wed Aug 27, 08 1:31:24 pm MYT

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali 'sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam ' di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam ' alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

Tok Guru 'bahasa'kan bekas pelajar

Sinar Harian
[Berita Am Daerah - Edisi Kelantan]
28hb Ogos 2008 (Khamis)


MB selar sikap malas bekas pelajar

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyelar sikap lepasan penuntut dari Timur Tengah yang malas untuk bekerja setelah tamat belajar.

Beliau berkata, masih terdapat lepasan luar negara berkenaan menganggur tidak berusaha untuk mencari pekerjaan.

“Sikap ini seperti orang yang bodoh. Lepas belajar tidak mahu bekerja dan hanya menunggu bantuan kerajaan,” katanya sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Yayasan Islam Kelantan ke Timur Tengah Sesi 2008, di sini semalam.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan RM200 sumbangan Tabung Kebajikan Perhubungan Pas dan Tabung Tok Kenali kepada 176 pelajar. Seramai 124 pelajar mengambil jurusan pengajian Islam, 30 untuk perubatan dan 22 bagi tahfiz di Timur Tengah.

Mursyidul Am Pas juga menggalakkan bekas-bekas pelajar berkenaan supaya bercucuk tanam dan juga memilih untuk terlibat dalam bidang pertanian.

“Mereka tidak boleh duduk goyang kaki mengharapkan bantuan sahaja. Mereka boleh membajak (bertani).

“Mereka tidak boleh tunggu kerajaan panggil untuk mendapatkan kerja,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan bakal penuntut yang akan Timur Tengah secara berperingkat tersebut untuk memanfaatkan peluang diberikan.

“Bukan senang untuk terpilih, ambil peluang timba ilmu sebanyak mungkin kerana semua yang pakar ada di sana dan belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Pengajian semua penuntut tersebut mendapat pinjaman daripada Yayasan Islam Kelantan Darul Naim mengikut kursus yang diambil.

Berita dari Kuala Krai: 28hb Ogos 2008


Sinar Harian
[Berita Daerah - Edisi Kelantan]


Sumbangan Ihya Ramadan untuk surau, madrasah DUN Mengkebang

SUNGAI DURIAN – Sebanyak 31 cawangan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang menerima sumbangan wang tunai sempena kehadiran Ramadan yang bakal menjelma minggu hadapan diadakan di pekarangan Pejabat DUN Mengkebang dekat sini, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman, sumbangan tersebut adalah khusus untuk surau dan madrasah sebagai persediaan awal menyambut Ramadan.

Katanya, sumbangan tersebut diagihkan kepada imam dan wakil surau atau madrasah di DUN Mengkebang sebagai persiapan Ihya Ramadan sebagaimana kelaziman aktiviti sempena kedatangan Ramadan setiap tahun.

“Sebanyak 31 cawangan menerima sumbangan wang tunai khusus untuk persediaan mengadakan majlis berbuka puasa bagi penduduk sekitar.

“Ia juga adalah tanda kesyukuran kita dapat lagi bertemu Ramadan kali ini. Bukan semua orang ditakdirkan menjalani ibadat puasa kali ini dan seharusnya kita melipatgandakan amalan,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian selepas pembahagian sumbangan berkenaan di pejabatnya semalam.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mengubah tabiat negatif mereka sempena Ramadan ini dan berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya harap penduduk Kuala Krai dapat memanfaatkan kedatangan Ramadan kali ini dengan memperbanyakkan amalan yang tidak didapati pada bulan lain.

“Elakkan juga sikap membazir ketika Ramadan dan hanya membeli keperluan sahaja untuk berbuka puasa. Kita perlu bersyukur kerana berada di dalam negeri yang aman dan dilimpahi nikmat rezeki melimpah ruah sedang banyak negara luar dalam keadaan peperangan dan kekurangan bekalan makanan," ujarnya.

Selain itu, katanya, umat Islam wajib bersyukur di atas segala nikmat ini dan tidak berbelanja berlebihan atau membazir ketika Ramadan.

Katanya, Ramadan adalah bulan yang baik untuk menjaga kesihatan dan berjimat cermat sebaliknya bukan bulan untuk makan dengan sesuka hati dan melibatkan pembaziran. Amalan membaca Al-Quran dan bertarawih perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya agar seluruh umat Islam mendapat keberkatan untuk masa hadapan.

Dalam majlis yang sama juga, lima wasi atau pewaris menerima sumbangan takaful Kifaalah di atas kehilangan ahli keluarga mereka.

Blog Anti Husam: Reaksi Husam Musa


malaysiakini

Husam nafi halang rundingan PAS-Umno

Abdul Rahim Sabri Aug 28, 08 2:39pm

Datuk Husam Musa menafikan beliau menyusun barisan pemimpin atasan parti, yang digelar "kumpulan Erdogan", untuk menghalang rundingan PAS-Umno kerana tidak pernah tahu-menahu tentang pertemuan itu.

"(Pertemuan) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (20 Julai lepas), saya langsung tidak tahu walaupun saya naib presiden PAS. "Jadi macam mana saya hendak mengatur supaya perjumpaan mereka gagal sedangkan saya tidak diberitahu walaupun saya naib presiden PAS," kata pemimpin kanan itu.

"Dalam mesyuarat pun, tidak pernah dimaklumkan adanya perjumpaan pemimpin PAS dengan pemimpin Umno. Jadi, tidak timbul masalah saya hendak ganggu perjumpaan tersebut."

Husam, yang juga exco kerajaan Kelantan, diminta mengulas dakwaan sebuah blog Anti Husam yang menyebut beliau penggerak utama sekumpulan pemimpin PAS menggagalkan rundingan yang disokong oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disertai langsung oleh timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Dipercayai dibina oleh orang dalam parti itu sendiri menjelang muktamar PAS ke-54 baru-baru ini, blog itu mendakwa "tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Mursyidul Am supaya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan Umno."

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Husam juga berkata gembar-gembur bahawa beliau dijanjikan jawatan timbalan perdana menteri hanyalah "satu rekaan daripada orang-orang yang mempunyai agenda mereka sendiri" dan ia "tidak perlu dilayan."


Tiada perbincangan di Dubai

Anti Husam mendakwa naib presiden PAS itu ditawarkan jawatan tersebut oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan mereka di Dubai, Jun lepas.

"Saya mempunyai aturcara peribadi saya sendiri, tidak ada kena-mengena dengan lawatan Anwar. Saya tidak tahu beliau (Anwar) berada di sana (Emiriyah Arab Bersatu)," katanya.

Tambahnya, beliau secara kebetulan bertemu penasihat PKR dalam satu majlis yang dirancang untuknya oleh sekumpulan warga Malaysia di negara Teluk itu. Menurutnya, penganjur turut mengundang Anwar ke majlis apabila mereka mengetahui kehadiran tokoh politik di sana.

"Saya berucap terlebih dahulu, dan beliau (Anwar) sampai semasa saya sedang berucap. Kemudian selepas habis ucapan, kami pulang ke hotel masing-masing. Keesokan pagi, saya berlepas ke Syria," jelasnya, sambil menambah beliau ke sana hanya separuh hari. "Jadi tidak ada masa untuk kami berbincang. Tiada perbincangan sama sekali."

Naib presiden PAS itu juga menjelas tulisan dalam blog Anti Husam adalah satu cubaan untuk merosakkan imejnya."Dan biasanya character assasination (serangan peribadi) yang dilakukan apabila seseorang itu dianggap mempunyai satu-satu kedudukan yang tertentu," jelas Husam.

.
Cabar penulis blog itu tampil

Exco perancangan ekonomi dan kewangan Kelantan itu mencabar penulis blog itu tampil memperkenalkan dirinya jika dakwaan itu benar.

"Kalaulah dia tulis itu satu kebenaran, bukan satu serangan peribadi ataupun fitnah, dia kena berani tampil memperkenalkan dirinya.

"Kalau serangan dia buat bertopeng seperti ini, awal-awal lagi menunjukkan apa yang mereka tulis itu bukan satu kebenaran. Kalau benar, mesti dia berani tampilkan dirinya," jelas Husam lagi.

Berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, beliau menjelaskan akan komited dengan keputusan parti untuk tetap bersama gabungan pembangkang seperti ditegaskan dalam muktamar di Ipoh, pertengahan bulan ini.

"Jadi saya hadir dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat itu adalah satu tindakan, pelaksanaan ke atas apa yang telah diputuskan oleh parti dalam muktamar PAS tersebut.

"Jadi saya hairan bagaimana penulis blog ini, tidak menghayati keputusan parti, tetapi bercakap seolah-olah mempertahankan kepentingan parti," katanya.

Tambahnya, beliau pernah menjelaskan di blognya bahawa pendedahan presiden Umno tentang pertemuannya dengan pemimpin atasan PAS satu agenda untuk memecahbelahkan hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

Ia juga bertujuan merosakkan hubungan PAS dengan penyokong bukan Islamnya yang mula berjinak dengan parti itu dan hubungan sesama ahli parti, tambah Husam.

"Jadi penulis blog ini, pada pendapat saya, satu daripada agenda Umno untuk memecahbelahkan kepimpinan PAS," katanya.

Sehubungan itu, Husam menyifatkan tulisan dalam blog itu tidak berasaskan kebenaran dan dan fakta-fakta.

Tok Guru jelaskan faktor kekalahan BN


Sinar Harian
[Edisi Kelantan - Berita Muka Depan]
28hb Ogos 2008 (Khamis)


Cara BN kempen silap - Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan strategi kempen Barisan Nasional (BN) yang lemah semasa pilihan raya kecil di Permatang Pauh memberi kelebihan dan kemenangan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), selain kes tuduhan liwat dan isu sumpah laknat.

Nik Abdul Aziz berkata, kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan yang memperoleh 15,671 majoriti undi mengukuhkan lagi kedudukan parti di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Jelas beliau, kempen memburukkan Anwar dengan cara sebegitu menyebabkan rakyat terus membenci BN sehingga memberikan undi yang begitu besar kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Sedangkan (kes) liwat tak tentu lagi (Anwar bersalah atau tidak), ceramah UMNO terus memburukkan Anwar dan bagi saya ceramah mereka (UMNO) itu sebenarnya tidak ada air muka malah tak ada kulit pun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Tanaman Pokok Jatropha (pokok jarak) di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM, Hanafi Mamat dengan majoriti 15,671 undi.Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah 15,524 undi dan Hanafi 92 undi.

Mengulas kemenangan Anwar itu lagi, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kemenangan itu sudah semestinya memberikan perangsang dan kekuatan kepada PR.

“Sudah semestinya ini memberikan kekuatan kepada pembangkang untuk merencanakan strategi selepas ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Anwar akan berlaku pertukaran Kerajaan Persekutuan yang diuar-uarkan pada 16 September depan, Nik Aziz berkata, berlaku atau tidak pada tarikh itu ia adalah soal teknikal semata-mata tetapi apa yang lebih penting adalah untuk menukar kerajaan sedia ada kepada PR.

“Itu masalah teknikal sahaja (benar atau tidak) tetapi apa yang kita mahukan untuk menukar UMNO (BN) dengan parti lain,” katanya.

Nik Aziz mendakwa kerajaan BN sudah tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat dan mahukan sebuah kerajaan lain yang boleh memberikan kesejahteraan kepada mereka.

Liverpool FC: Layak ke Liga Juara-Juara Eropah 2008/09

LIVERPOOL..1 STANDARD LIEGE..0
Kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, Pusingan Ketiga
Stadium Anfield - 27hb Ogos 2008 (Rabu)
[Penjaring: Dirk Kuyt, min-118]

mahathirismail

Tindakan penyudah yang kurang berkesan hampir memusnahkan impian Liverpool ke kejohanan yang paling elit di Eropah.

Dengan tentangan sengit yang diterjemahkan oleh lawan samada di Belgium mahupun di England, Liverpool boleh dikira bernasib baik kerana masih dapat mengikat pihak lawan daripada menjaringkan gol terutamanya sepakan penalti pihak lawan di tempat lawan dua minggu lalu.

Dirk Kuyt dinobatkan sebagai wira apabila menyudahkan hantaran Ryan Babel pada minit-minit terakhir masa kecederaan ketika tuan rumah sedang berkira-kira untuk membawa perlawanan ini sehingga ke penentuan sepakan penalti.


Walaupun penulis tidak sempat menyaksikan perlawanan ini awal pagi tadi, tetapi dirasakan persembahan skuad ini agak goyah dan masih belum benar-benar bersedia menghadapi pasukan yang lebih hebat.

Anwar secara rasmi di Parlimen


mahathirismail


Selepas 10 tahun suaranya tidak kedengaran di Dewan Rakyat, akhirnya kerinduan rakyat dan pemimpin lain akan terubat.

Beliau yang baru selesai mengangkat sumpah pada jam 10 pagi tadi turut mengesahkan sebagai seorang yang bakal terlibat dalam perbahasan isu berbangkit yang terbaru ini di samping menjadi pemantau kepada Pembentangan Bajet 2009 mulai esok.

Untuk berita lanjut, sila layari http://www.malaysiakini.com/news/88724.

Blog Anti Husam: Pendekatan untuk meranapkan PAS

mahathirismail

Jelas dan nyata sekali motif penerbitan blog baru (http://antihusam.blogspot.com/) adalah percubaan untuk melaga-lagakan pimpinan gerakan Islam di negara ini.

Blog ini seolah-olah cuba diterbitkan bertujuan untuk menzahirkan tindakan serta pemikiran pendokong-pendokong PAS adalah sama seperti Umno/BN.

Setelah dibaca sekali imbas isi kandung di dalamnya, memang nyata ia bukan datang daripada fikiran dan hati para pejuang Islam yang tulen. Ini golongan pemecah!

Penulis tersebut menganggap bahawa sebahagian pimpinan PAS boleh digugat kredibiliti mereka dengan cuba melabelkan mereka ini sebagai gila kuasa, bertindak di luar lingkup syariat serta tidak berakhlak (seperti pemimpin-pemimpin lawan yang jelas diketahui umum itu).

Blog ini diyakini tidak membawa sebarang kesan dalam cubaan untuk menggugat keutuhan pegangan para pendokong Islam di negara ini. Cukuplah dengan blog-blog Umno yang cukup kritis dan melampau terhadap pimpinan mereka (kmu.net) serta menghancurkan semangat sesama mereka.
.
Lihat sajalah tumpuan yang diberikan oleh salah satu halaman web terkenal terhadap blog ini. http://www.malaysiakini.com/news/88599.

Reaksi Bendahari PAS mengenai blog Anti Husam

malaysiakini

Dr Hatta enggan ulas serangan blog

Abdul Rahim Sabri Aug 27, 08 8:11pm
.
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli enggan mengulas berhubung dakwaan di blog Anti Husam bahawa ahli parlimen Kuala Krai menyelewengkan sumber kewangan parti. "Saya tidak mahu respons apa-apa. Saya ingat, (tuduhan) itu orang Umno yang tulis blog tersebut.

"Orang yang kita tidak tahu (latar belakangnya), macam mana kita nak respons," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Dalam tulisan pada tarikh 19 Ogos lalu, blog yang dibangunkan bagi menyerang habis-habisan naib presiden Datuk Husam Musa dan "kumpulan Erdogan", termasuk Dr Hatta, menyatakan akan membongkar penyelewangannya jika ada bukti yang cukup.

"Duit PAS sudah menjadi macam duit dia," dakwa blog itu, yang umumnya menentang barisan pemimpin kanan PAS yang dianggap kritikal kepada rundingan PAS-Umno dan lebih condong kepada Pakatan Rakyat. Blog tersebut muncul menjelang muktamar PAS yang ke-54 di Ipoh pertengahan bulan ini dan dipercayai diwujudkan oleh orang dalam parti itu sendiri. Dalam muktamar yang lalu, isu muqabalah telah menjadi perbahasan panas sehingga memperlihatkan kecenderungan dua aliran iaitu pro-muqabalah dan pro-kerjasama dalam Pakatan.

Blog itu mendakwa Husam mengepalai "kumpulan Erdogan" untuk menggagalkan pertemuan PAS-Umno selepas pertemuan dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dubai, Jun lepas.

Menurut blog itu, "kumpulan Erdogan" dianggotai oleh tokoh-tokoh pimpinan PAS antaranya setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaafar, dua ahli jawatankuasa pusat Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub. Penulis blog itu menggelarkan Dr Hatta sebagai "biawak hidup" dalam PAS dan "orang macam Dr Hatta perlu disingkir.

"Anti Husam mendesak presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta bendahari PAS itu berhenti atau memecatnya.

Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh: Reaksi Tun Mahathir

chedet.com

PERMATANG PAUH


.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 27, 2008 1:20 PM
1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.

2. Anwar menang.

3. Barisan Nasional kalah.

4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.

8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.

11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.

12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.

13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.

14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.

15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.

16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.

17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.

18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

Permatang Pauh: Tahniah buat Anwar


mahathirismail
.
Permatang Pauh memang ditakdirkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alhamdulillah.

Walaupun terpaksa melalui pelbagai episod duka semenjak 'diterajang' keluar oleh BN, beliau amat bersabar serta tekun dalam membina kembali karier politik beliau.

BN secara terang-terangan memacu jentera memusatkan serangan yang bertubi-tubi ke arah beliau samada secara politik mahupun peribadi.

Lihat sajalah pendekatan yang dimainkan oleh BN dalam menghadapi kempen pilihanraya kecil ini, di mana beliau cuba 'dibogelkan' beberapa kali di samping penghinaan dan fitnah yang amat sukar ditepis kiranya itu semua ditujukan kepada pemimpin selain yang bernama Anwar.

Namun begitu bagi beliau, itu semua adalah asam garang perjuangan.

Kini, destinasi beliau kian jelas terutamanya dalam merubah secara keseluruhan lanskap politik tanahair dari acuan pemerintah yang terlalu lama 'berkerak' di persada pemerintahan negara.

Apa-apa pun, tahniah buat Anwar.

Permatang Pauh: Kenyataan rasmi selepas kemenangan




— KENYATAAN MEDIA —-
PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 2008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini.

Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Permatang Pauh: Keputusan Rasmi


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258 undi
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi

Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Tuesday, August 26, 2008

Spanish La Liga 2008/09: Aksi baru bermula



Tidak lama lagi, bakal bermulalah satu lagi Liga Bolasepak yang terunggul di Eropah iaitu Liga Sepanyol.

Kehangatan liga ini bakal menggegarkan peminat bolasepak dunia dengan senarai pasukan-pasukan yang digeruni di Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Valencia, deportivo la Coruna dan Athletico Madrid.

Aku amat berharap pasukan pilihan hati iaitu Deportivo la Coruna bakal menggugat kedudukan atas liga di samping berusaha untuk layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
.
Dengan rekod tanpa kalah 18 perlawanan pada penghujung musim lalu, diharapkan pasukan ini dapat mengekalkan prestasi mereka dalam musim ini.

Perlawanan pembukaan di antara Deportivo dan Real Madrid di Riazor hujung minggu ini bakal menentukan hala tuju prestasi pasukan kesayanganku ini.

_______________________________________________



Fixtures 2008/09 - Day 1: August 31, 2008

First division

Athletic v AlmerĂ­a
Atlético v Málaga
Espanyol v Valladolid
Betis v Recreativo
Sporting v Getafe
Racing v Sevilla
Numancia v Barcelona
Deportivo v R Madrid
Osasuna v Villarreal
Valencia v Mallorca

Real Madrid won Spanish Super Cup



Spanish Super Cup
Second leg - 24 August 2008


Real Madrid 4 - Valencia 2

Madrid: Casillas; Sergio Ramos, Pepe, Heinze, Miguel Torres (Drenthe 63'); Van der Vaart, Diarrá, Guti (De la Red 78'); Raúl (Higuaín 80'), Van Nistelrooy, Robben. 4-3-3.

Valencia: Hildebrand; Miguel, Raúl Albiol (Morientes 81'), Alexis, Moretti; Baraja, Albelda; Joaquín (Pablo Hernández 67'), David Silva, Mata (Vicente 70'); David Villa. 4-2-3-1.

Goals:
0-1. 32. Silva. Received pass outside area and drilled low shot wide of Casillas.
1-1. 49. Van Nistelrooy (penalty). After Albiol blocked ball with arm inside area.
2-1. 77. Ramos. Force shot past Hildebrand after Diarra header came off bar.
3-1. 85. De la Red. Won ball in midfield and caught keeper off line with long shot.
4-1. 88. HiguaĂ­n. Intercepted Alexis back pass and beat keeper from wide angle.
4-2. 90. Morientes. Ran on to Villa through ball and turned shot past Casillas.

Real Madrid beat Valencia 4-2 in an event-packed second leg to take the Spanish Super Cup for the eighth time in their history.

The visitors were defending a 3-2 lead from last weekend's first leg, and they went further ahead when David Silva drilled a shot past Casillas on the half hour mark.

Van der Vaart got himself sent off for a hard foul on Mata soon afterwards, and although Van Nistelrooy equalised from the penalty spot four minutes in to the second half after Albiol blocked his header with his arm, things looked bleak for Madrid when Van Nistelrooy was also shown the red card for a second bookable offence a few minutes later.

Valencia self-destructed after that however, Sergio Ramos the fastest to react after Diarra's header from Guti's corner came back off the crossbar to put Madrid ahead.

Schuster brought on De la Red and HiguaĂ­n, and within a few minutes both had their names on the scoreboard, the former catching Hildebrand out of position with a long shot which the keeper couldn't stop, and the latter intercepting a sloppy back pass from Alexis to round the keeper and score.

It was all over, and a last minute goal from Morientes came too late to save the day. Madrid had their name on the cup, and Unai Emery's side had let slip the first piece of silverware of the season.

Permatang Pauh: 44.8% keluar mengundi menjelang tengahari


malaysiakini


Pengundian di Permatang Pauh

Aug 26, 08 9:19am

1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.
Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.

12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.

11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi: Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.
Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.
Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".
Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.

10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.
Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.
Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'

9.30 pagi: Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 pagi: PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.


8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.


8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.


8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.


8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.


8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.


Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.


Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.


Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

Permatang Pauh: Kenyataan Anwar selepas membuang undi



Kepada Tuhan Kita Sandarkan Harapan

26hb Ogos 2008 - 01:00PM

Alhamdulillah saya dan Azizah baru selesai menunaikan tanggungjawab kami di SK Seri Menanti.

Sepanjang perjalanan, suasana dan iklim sokongan rakyat Permatang Pauh kepada KeADILan dan Pakatan Rakyat ternyata begitu memberangsangkan.

Kini saya dalam perjalananan, diiringi konvoi anak-anak muda Pakatan Rakyat untuk menjengah pusat pengundian lainnya di sekitar Permatang Pauh.

Berdasarkan keadaan semasa, saya optimis, InshaAllah. Pun begitu kepada Tuhan kita sandarkan harapan.

Harapan ini bukan untuk Anwar Ibrahim semata-mata, tetapi untuk rakyat dan masa depan negara.

ANWAR IBRAHIM




Datuk Seri Anwar ketika membuang undi pagi tadi

Permatang Pauh: Besarnya cita-cita mereka..

Semenjak hari penamaan calon pada 16hb Ogos yang lalu, bertalu-talu propaganda dilemparkan oleh pemerintah kepada masyarakat Permatang Pauh khususnya dan seluruh negara amnya.

Memang semestinya begitulah tindakan yang terpaksa diambil oleh pemerintah bagi memastikan pencabarnya tidak akan baangun lagi untuk berjuang.

Mereka ini akan terus menerus membangkitkan pelbagai perkara yang bermanfaat bagi mereka tidak kira kecil atau besar, benar atau spekulasi, asalkan kredibiliti lawan mereka hilang dari pandangan masyarakat.

Mereka ini juga sentiasa bertindak secara psikologi dengan memaparkan keyakinan yang 'terlebih' tinggi serta memastikan lawan tampak sentiasa goyah dalam menghadapi mereka walhal perkara sebaliknya berlaku.

Ini dikuatkan lagi dengan jentera media yang mereka miliki dan dimanipulasikan sebegitu rupa seolah-olah lawan mereka tidak layak untuk berhadapan dengan mereka.

Jika dilihat kepada propaganda mereka dalam media arus perdana mutakhir ini, seakan-akan mereka berjaya meraih sokongan kesemua penduduk di sana melainkan calon parti lawan, ahli keluarga parti lawan serta ahli jawatan kuasa parti lawan sahaja.

Berikut adalah sebahagian cerita berkaitan dengan keyakinan mereka ini (yang membuatkan aku cukup meluat....)

__________________________________________

malaysiakini


BN masih yakin rampas Ptg Pauh

Muda Mohd Noor Aug 25, 08 3:51pm


Walaupun menghadapi tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat, namun BN yakin mampu merampas kerusi parlimen Permatang Pauh esok.

Calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, berdasarkan perkiraan mutakhir, beliau mampu memang dengan majoriti 500 undi jika tidak mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Bagaimanapun, jika ramai pengundi bukan Melayu memangkah BN, Arif Shah berkata, beliau boleh menang dengan majoriti sehingga 5,000 undi.Beliau memberitahu Malaysiakini ketika ditemui sewaktu mengadakan kempen rumah ke rumah pada hari terakhir kempen pilihanraya kecil tersebut hari ini.

Menurutnya, sambutan pengundi terhadap kempen BN semakin meningkat dan ia menambah keyakinan beliau untuk menang selepas tiga penggal berturut-turut ia dikuasai presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999.

"Kali ini saya pergi bilik gerakan (BN), sambutan luar biasa, pengundi tawar diri buat kerja di bilik gerakan.

"Ini petanda di Permatang Pauh yang kena sumpah (selama) 10 tahun, mereka mahu pembangunan, seperti ketika arwah Haji Nan (bekas wakil rakyat)... kucing mati pun, dia pergi melawat," kata Arif Shah lagi.

Beliau diminta mengulas kempen Anwar yang mengatakan "kalau pilih Arif Shah dapat satu, pilih Anwar dapat dua (ahli parlimen dan perdana menteri Pakatan Rakyat) dan Arif juga telah menjadi Adun Seberang Jaya".

Menurut Arif Shah, pada 2004 BN memerintah Pulau Pinang, maka pembangunan lebih mudah disalurkan ke kawasan itu.Bagaimanapun, katanya, selepas pilihanraya umum 2008, BN menjadi pembangkang di negeri itu.

Oleh itu, katanya, beliau perlu menang sebagai ahli parlimen Permatang Pauh agar rapat dengan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan boleh membantu rakyat di situ.

Berita dari Kuala Krai: 26hb Ogos 2008


Sinar Harian
[Edisi Kelantan - Berita Daerah]


Semarak kemerdekaan melalui sukan

KUALA KRAI – Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan ini, pelbagai acara diatur oleh pejabat Ahli Parlimen Kuala Krai dengan melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur.

Untuk itu, antara program yang telah berlangsung termasuklah perlawanan futsal jalanan yang diadakan dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kuala Krai berlangsung dekat sini, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd. Hatta Md. Ramli, perlawanan futsal jalanan tersebut bertujuan memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan anak-anak muda daerah ini melalui cara hidup sihat.

“Program ini adalah salah satu sambutan sempena kemerdekaan negara yang ke-51 bagi peringkat Parlimen Kuala Krai.

“Melalui penganjuran acara berpasukan ini, kami harap dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam pasukan. Semangat bersatu padu inilah yang ingin diterapkan dalam masyarakat hari ini, agar semua pihak bersatu menjayakan sesuatu ke arah kepentingan bersama.

“Selain itu juga, ia juga dapat menggalakkan cara hidup sihat dalam kalangan anak-anak muda melalui aktiviti riadah dan menjauhi kegiatan tidak berfaedah,” ujarnya kepada Sinar Harian selepas perasmian program berkenaan semalam.

Sementara itu, pengarah program kesukanan sempena kemerdekaan berkenaan, Rosli Jaffar berkata, sebanyak 24 pasukan dari seluruh parlimen telah menyertai perlawanan tersebut yang bermula sejak jam 9 pagi.

“Perlawanan yang dijalankan secara berperingkat ini adalah suatu simbolik, bagi golongan belia mengisi ruang kemerdekaan dengan kegiatan bermanfaat.

“Namun, kegiatan ini tidak hanya akan berakhir di sini dan bakal diteruskan dari semasa ke semasa untuk menggalakkan kecergasan dan kecerdasan para belia,” ujar Rosli. Katanya, sambutan yang diterima daripada pasukan futsal belia ini amat memberangsangkan dengan penyertaan di luar dugaan.

Dalam perlawanan tersebut, hadiah lumayan ditawarkan kepada juara, iaitu wang tunai sebanyak RM300. Tempat kedua pula membawa pulang RM200, manakala tempat ketiga pula berkongsi dua kedudukan dengan hadiah sebanyak RM100 setiap pasukan.

Hadiah utama tersebut telah dimenangi oleh pasukan KSD Club, manakala tempat kedua disandang pasukan Lembah Sentosa dan tempat ketiga pula diduduki oleh pasukan Pemuda Keadilan dan Pahi FC.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang.

Permatang Pauh: Anwar lega


Sinar Harian
[Edisi Selangor & K. Lumpur - Selasa, 26hb Ogos 2008]


Isu sumpah Saiful jadi bahan kempen terakhir Permatang Pauh

PERMATANG PAUH - Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa lega dengan penjelasan yang dibuat oleh Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi berhubung sumpahan laknat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Anwar, penjelasan imam itu juga membuktikan bahawa tuduhan liwat terhadapnya merupakan tuduhan jahat yang dibuat oleh pihak tertentu dalam usaha menjatuhkan maruah dan kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

“Selepas laporan doktor Pusrawi dan beberapa pengakuan lain dikeluarkan, kini timbul pula pengakuan daripada imam tersebut yang jelas menunjukkan ianya satu konspirasi untuk menjatuhkan saya," kata calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ram­lang yang membuat penjelasan di beberapa ceramah anjuran PKR dengan menyatakan sumpah Mohd Saiful tidak sah mengikut undang-undang Islam dan semuanya telah diatur oleh pegawai pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya, Ramlang juga memberitahu bahawa beliau yang kebetulan berada di masjid berkenaan pada hari tersebut telah ‘diarahkan’ oleh pegawai atasannya menjadi saksi kepada sumpah mubahalah yang dibuat oleh Mohd Saiful.

Menurut Ramlang, sumpah Saiful diatur oleh pegawai yang juga menyiapkan skrip sumpah tersebut.“Saya juga bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Ramlang yang diarahkan pegawai atasannya menjadi saksi kepada sumpah yang dibuat Saiful walaupun sebenarnya dia sendiri tidak mengetahui maksud sebenar sumpah tersebut dilakukan," kata Anwar kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Anwar, pertuduhan (liwat) tersebut juga menggambarkan kerajaan berada di dalam keadaan terdesak untuk memastikan beliau tidak berada di Parlimen dan kerajaan juga risau dengan apa yang bakal berlaku.

“Saya rasa Ramlang juga seorang yang patuh kepada hukum syarak dan tidak terpengaruh dengan wang ringgit selain mahu menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut," ujarnya.

Beliau juga menegaskan dengan penjelasan imam tersebut, sedikit-sebanyak ia memberi kesan kepada pengundi di kawasan Permatang Pauh walaupun kebanyakannya memang sudah tidak mempercayai apa yang dilakukan oleh Saiful.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesediaannya untuk bersumpah pada saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan berakhir jam 12 tengah malam semalam, Anwar menjelaskan beliau tidak akan berbuat demikian kerana ramai ulama telah memberi hujah bahawa sumpah itu tidak perlu.

“Agama bukan senjata politik, sesiapa sahaja boleh bersumpah kerana mereka sebenarnya tidak tahu bahawa sumpah itu adalah perkara yang besar di dalam agama. Disebabkan kepentingan politik, mereka bersumpah untuk mengaburi mata orang ramai," katanya.

Tambahnya, beliau mahu perkara tersebut (tuduhan liwat) dibuktikan di dalam mahkamah dan pada masa itu semua orang boleh mengetahui kebenarannya.

Permatang Pauh: Anwar membuang undi di SK Seri Penanti


HarakahDaily.Net


Anwar tiba di pusat pengundian jam 9.40 pagi

Intan Abdullah Tue Aug 26, 08 9:50:54 am MYT

PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.40 pagi bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi.

Beliau yang berkemeja biru dan Wan Azizah yang berbaju kebaya merah jambu disambut sorakan gemuruh penyokong-penyokongnya yang sedia menanti dari awal pagi. Turut mengiringi anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.

Anwar kelihatan keletihan dan dipimpin petugas untuk masuk ke bilik mengundi. Keadaan terkawal dan penyokong-penyokongnya melambai tangan ke arahnya.

Permatang Pauh: Surat terbuka Tuan Guru Presiden


HarakahDaily.Net


SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH

Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.

Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.

Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional.

PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.

Saudara/i yang dihormati sekelian,

Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.

Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.

Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.

Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.

Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.

Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.

Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.

Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.

Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.

Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.

Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.

Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Sya'aban 1429 / 24 Ogos 2008.