Tuesday, June 9, 2009

Muktamar: Luahan Tok Guru di Ceramah Perdana


Aku dan keluarga adalah sebahagian daripada ribuan hadirin yang memenuhi pelusuk ruang Stadium Melawati bagi mendengar amanat pemimpin besar pada malam Ahad baru-baru ini.

Jelas terbayang di wajah beliau riak yang agak terkilan lantaran daripada intipati perbahasan yang disampaikan oleh perwakilan pada sebelah pagi hari yang sama.

Tok Guru meluahkan rasa kecewanya terhadap isi penyampaian yang dianggap cukup hambar dan tidak memenuhi aspirasi yang beliau harapkan iaitu perbahasan mengenai DASAR dan bukannya perkara-perkara yang remeh memandangkan inilah masa yang sesuai untuk membangkitkannya dalm tempoh setahun.

Tok Guru juga meluahkan rasa kecewa kerana masih lagi timbul isu 'perpaduan' bersama Umno di dada-dada akhbar yang telah dibangkitkan kembali oleh pimpinan. Betapa 'mengarutnya' perkara tersebut masih lagi ditimbulkan sedangkan Pas masih lagi berada dalam satu pakatan yang mengharapkan keikhlasan dan kejujuran dari Pas sendiri.

Namun begitu, lagi menyedihkan apabila aku dapati tiada satu pun perkara yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am (pemimpin tertinggi) ini di dalam ruangan media yang dikuasai Pas sendiri (harakahdaily.net, akhbar Harakah dan http://www.muktamar55.gov/).

Apalah yang hendak disembunyikan lagi..

_______________________________________________


Sambutan hebat ceramah Tok Guru

Ditulis oleh Te@m I.T
SUNDAY, 07 JUNE 2009 01:29

SHAH ALAM, 7 Jun - Lebih 20000 orang memenuhi Stadium Malawati bagi mendengar ceramah daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat semalam.

Majlis ceramah yang dipengerusikan oleh naib ketua pemuda Selangor, Sani Hamzan.

Turut sama berceramah di pentas utama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.

Selain itu, jemputan wakil gerakan Islam Antarabangsa, Dr Marwan Abu Ras turut diberi sama peluang berceramah semalam.

Dalam kesempatan itu, beliau yang juga Ketua Lembaga Ulamak Palestin turut menceritakan keadaan yang didepani pejuang Islam di sana.

Tuan Guru Nik Abd Aziz antara lain menyebut di dalam ceramah beliau berkaitan masalah dunia seperti krisis ekonomi dan wabak penyakit yang melanda disebabkan keadaan manusia yang menolak dasar Islam dalam kehidupan seharian.

No comments: