FRIDAY, 05 JUNE 2009 02:48
SHAH ALAM, 5 Jun - Pagi Jumaat yang indah, penghulu segala hari ini menyaksikan ribuan manusia bertali arus menuju ke Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55 yang diadakan julung-julung kalinya di Stadium Malawati, Shah Alam.
Kehadiran para perwakilan dan pemerhati ke muktamar di Bandar Anggerik ini disambut dengan banner, bunting dan juga bendera parti. Perjalanan lalu lintas terurus dengan bantuan 'tentera merah' Unit Amal yang sedia berkhidmat dengan penuh berdedikasi.
Muktamar juga dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan dan juga pameran yang jumlahnya hampir mencecah 500 unit. Pelbagai variasi barangan dan perkhidmatan disediakan untuk kemudahan para perwakilan dan pemerhati.
Perhatian para perwakilan dan pemerhati juga ditumpukan kepada pentas canggih yang dibina sempena muktamar. Sebuah skrin bersaiz 60 x 20 kaki turut melatari pentas utama yang digunakan untuk memaparkan suasana sekeliling dan juga bahan berkaitan muktamar.
Muktamar kali ke-55 ini turut dipancarkan secara langsung di http://muktamar55.pas.org.my buat tontonan para pemerhati seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment