Tuesday, June 9, 2009

Muktamar: Proses permohonan keahlian baru

http://muktamar55.pas.org.my

Usul Jabatan Keahlian - Diterima tanpa bahas

Ditulis oleh Te@M I.T

SUNDAY, 07 JUNE 2009 04:28

SHAH ALAM, 7 Jun
- Kebanjiran generasi baru yang ingin menyertai PAS semakin bertambah dengan menunjukkan minat yang luar biasa.

Namun begitu, proses permohonan keahlian baru yang mengambil masa terlalu lama untuk diproses dan diluluskan sehingga ada yang tidak pernah mendapat maklumat kelulusan keahlian akan menyekat dan menyulitkan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam PAS.

PAS Shah Alam dan Kuala Selangor sepakat untuk mengusulkan supaya PAS Pusat merancang agenda dan penambahan ahli secara lebih sistematik. Usaha ini hendaklah dibuat secara berterusan.

"Kajian hendaklah dibuat supaya perlaksanaan mekanisme pendaftaran keahlian baru dapat diproses dan diluluskan dalam masa sebulan sahaja," ujar beliau.

Selain itu, usul tanpa bahas ini turut menyarankan supaya program induksi dan seminar kepada ahli-ahli baru dirancang dan dilaksanakan agar mereka dapat memahami dasar dan tatacara keahlian dengan lebih mendalam.

PAS juga digesa supaya melakukan kajian dan perlaksanaan pendaftaran, fungsi dan skop keahlian Kelab Penyokong PAS.

Sebuah modul khusus yang boleh digunapakai oleh ahli Kelab Penyokong PAS hendaklah disediakan bagi memantapkan kefahaman mereka terhadap perjuangan PAS.

Usul ini telah diterima sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tanpa perlu dibahaskan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-55.

No comments: