SATURDAY, 06 JUNE 2009 05:47
SHAH ALAM, 6 Jun - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, hadir Jamuan Meraikan Pemimpin dan Ahli-Ahli Kelab Penyokong PAS, sejurus selepas menunaikan solat Jumaat semalam.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa delegasi pimpinan parti dari luar negara seperti Sheikh Marwan Abu Ras (Ketua Lembaga Ulamak HAMAS) bersama isteri, Dr. Syeikh Mahmoud Siyyam (Mantan Khatib Masjid Al-Aqsa & Rektor Universiti Islam Gaza), Dr. Khalilur Rahman (Lajnah Antarabangsa Jamaat E Islami Sri Lanka) dan Mr. Fathurohman Mahfudz (Parti Bulan Bintang, Indonesia).
Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Y.B. Ustaz Mujahid Hj Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) bersama isteri, Y.B. Tuan Hj. Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), Y.B. Dr. Halimah Ali (ADUN Selat Kelang, Selangor), Mr. Hu Pang Chau (Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum Cina), Mr. Balasubramaniam (Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India) dan Mr. Vincent Lee (Timb. Pengerusi Kelab Penyokong PAS).
Tuan Guru Nik Aziz di dalam ucapannya mengimbas kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Beliau menerangkan bahawa sebenarnya orang Cina terlebih dahulu kenal dengan agama Islam kerana agama Islam telah datang ke Negara China lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu.
Beliau juga turut menekankan bahawa agama Islam ini adalah untuk semua golongan dan kaum tanpa batasan sama ada kaum Melayu, Cina mahupun India.
Selepas, menikmati sedikit jamuan, Tuan Guru Nik Aziz Mat bergegas ke stadium untuk menyambung semula sesi Muktamar yang telah ditangguhkan.
No comments:
Post a Comment